Esukan

Hearthstone Ganti NBA 2k19 Di Sukan SEA 2019 Filipina

11/06/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Hearthstone Ganti NBA 2k19 Di Sukan SEA 2019 Filipina

Bacaan: < 1 minit

Proses pemilihan atlet esukan ke acara Sukan Asia Tenggara 2019 (SEA Games) telah pun berakhir pada awal bulan Mei yang lalu. Senarai pemain yang telah terpilih ke kem latihan kebangsaan juga telah pun diumumkan.

Namun begitu, jika anda sedar, proses pemilihan tersebut hanya mempertandingkan 5 daripada 6 judul permainan yang dirancang akan ditambah masuk ke acara tersebut. Ini adalah kerana pihak penganjur di Filipina masih lagi belum mengesahkan judul permainan terakhir yang akan dipertandingkan.

Pada awalnya, pihak penganjur mahu menambah masuk permainan NBA 2K19 sebagai judul terakhir bersama-sama dengan lima permainan lainnya iaitu Dota 2, Tekken 7, Arena of Valor, Mobile Legends dan Starcraft II. Hasrat tersebut nampaknya tidak kesampaian apabila pihak penganjur, Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) telah menghantar surat kepada Majlis Olimpik Malaysia memaklumkan bahawa permainan Hearthstone telah dipilih untuk menggantikan NBA 2k19.

Surat itu turut sama memaklumkan beberapa perubahan dan pengantian terhadap beberapa sukan tradisional lainnya. Memandangkan perkara ini baru sahaja diumumkan, tidak dapat dipastikan bilakah pusingan kelayakan kebangsaan bagi permainan Hearthstone ini akan dijalankan.

Sukan Asia Tenggara Ke-20 akan bermula pada 30 November sehingga 10 Disember 2019 kelak di tiga bandar utama di Filipina. Ini adalah kali pertama esukan ditambah masuk sebagai acara rasmi berpingat di temasya Sukan Asia Tenggara ini.

Sumber : (Bernama) via Utusan Malaysia