Auto Chess (Drodo) Dota Auto Chess

Drodo Studios Mengumumkan Auto Chess Untuk PC – Bakal Dilancarkan di Epic Games Store

2 tahun lalu

Drodo Studios Mengumumkan Auto Chess Untuk PC – Bakal Dilancarkan di Epic Games Store

Selepas Valve dan Riot Games, pembangun asal Dota Auto Chess iaitu Drodo Studios (Dragonest) juga nampaknya bakal membangunkan versi pc tersendiri mereka.

Di persidangan PC Gaming Show di acara E3, Drodo Studios telah mengumumkan bahawa mereka telah menjalinkan kerjasama dengan Epic Games bagi melancarkan versi PC permainan tersebut di kedai dalam talian Epic Games Store. Nampaknya genre permainan ini (Multiplayer Automatic Battle Arena?) adalah fenomena seterusnya dunia permainan video selepas demam battle royale sebelum ini.

Menurut Drodo Studios, walaupun ia akan dilancarkan di Epic Games Store, Auto Chess PC juga boleh dimuat-turun di laman web rasmi mereka. Dengan pengumuman ini, sama ada mod permainan asal di dalam arked Dota 2 akan kekal dibangunkan masih lagi tidak didedahkan oleh Drodo Studios. Memandangkan Valve sedang membangunkan versi mereka sendiri, adalah berkemungkinan besar mod permainan asal ini akan diberhentikan pembangunannya tidak lama lagi.

Sekiranya anda berminat untuk bermain versi pc ini, pendaftaran awal boleh dilakukan di laman rasmi Auto Chess di sini.

Bagi anda yang tidak mengenali Dota Auto Chess, ia merupakan sebuah permainan strategi berasaskan giliran yang mula dilancarkan pada awal tahun ini di arked Dota 2 dan berjaya menjadi fenomena di seluruh dunia. Pada ketika ini, versi mudah alih juga telah dilancarkan oleh pembangun asal permainan Dota Auto Chess.

Jadi versi mana satukah yang akan anda mainkan kelak? Dota Auto Chess? Auto Chess Android/iOS? Auto Chess PC? League of Legends Teamfight Tactics atau Dota Underlords?

Speifikas minimum/cadangan:

  • Sistem Operasi : Windows 7,8,10
  • Pemprosesan : Intel i3
  • Memori RAM : 2 GB
  • Grafik : Intel UMD Graphics 630 (128 MB)
  • Storan : 4 GB