Esukan Tempatan

Dota 2, PES Dan Mobile Legends Akan Dipertandingkan Di Temasya Sukma 2020 Di Johor

11/06/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Dota 2, PES Dan Mobile Legends Akan Dipertandingkan Di Temasya Sukma 2020 Di Johor

Bacaan: < 1 minit

Kemaskini : Pusingan Kelayakan Negeri (SUKMA XX Johor 2020)


Pada awal bulan Mac 2019 yang lalu, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA 2020 telah pun mengesahkan bahawa esukan bakal ditambah masuk sebagai salah satu daripada 6 sukan pilihan tambahan yang akan dipertandingkan di temasya sukan tersebut tahun hadapan.

Lanjutan daripada berita tersebut, senarai permainan yang akan dipertandingkan kini telah diketahui iaitu Dota 2, Mobile Legends Bang Bang dan juga Pro Evolution Soccer (PES) dan pusingan kelayakan negeri bagi acara esukan ini akan bermula seawal bulan Julai ini.

Senarai ini didedahkan oleh Axis Esports yang mengumumkan bahawa mereka telah dipilih sebagai pengendali pusingan kelayakan untuk esukan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Axis Esports, salah sebuah penganjur acara esukan ternama di Malaysia akan melangsungkan pusingan kelayakan bagi ketiga-tiga permainan tersebut pada 5 sehingga 7 Julai 2019 ini.

Bagi para pemain di Kuala Lumpur yang berminat untuk menyertainya, anda boleh mendaftarkan diri di pautan ini. Namun begitu, seperti sukan lainnya yang dipertandingkan di Sukma, hanya pemain berumur 21 tahun (pada tahun 2020) dan kebawah sahaja boleh menyertai acara ini.

Bagi negeri lain pula, masih tiada sebarang pihak dan persatuan esukan negeri masing-masing tampil mengumumkan tarikh penganjuran pusingan kelayakan bagi negeri mereka selain daripada negeri Perlis yang telah mengadakan beberapa kejohanan sebagai persediaan ke temasya Sukma tersebut.

SUKMA XX Johor akan berlangung pada 11 hingga 19 Julai 2020 dan akan dianjurkan di tiga daerah di Johor iaitu Muar, Kota Tinggi dan Johor Bahru.