Dota Auto Chess Teamfight Tactics

Riot Games Mengumumkan Mod Permainan Auto Chess Untuk League of Legends, Digelar Teamfight Tactics

10/06/2019 2 minit bacaan

Penulis:

Riot Games Mengumumkan Mod Permainan Auto Chess Untuk League of Legends, Digelar Teamfight Tactics

Bacaan: 2 minit

Sekiranya anda tidak sedar, mod permainan Dota Auto Chess semenjak dilancarkan pada awal tahun ini telah berjaya menarik jutaan pemain di seluruh dunia dalam masa yang singkat. Permainan tersebut bukan sahaja menarik pemain asal Dota 2, malah berjaya menarik pemain permainan lain seperti League of Legends, Overwatch, Hearthstone dan pelbagai lagi untuk memainkannya.

Selepas setengah tahun berlalu, akibat kepopularannya, pembangun mod permainan tersebut iaitu Drodo Studios telah pun melancarkan versi mudah alih untuk Android dan iOS dan Valve juga telah mengumumkan pembangunan versi mandiri mereka digelar Dota Underlords.

Terkini, Riot Games iaitu pembangun kepada permainan League of Legends telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan mod permainan Auto Chess tersendiri mereka untuk permainan tersebut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Riot Games mengakui bahawa ramai pekerja mereka telah ketagihan bermain permainan Dota Auto Chess menyebabkan mereka mahu membangunkan mod permainan tersendiri untuk Leageu of Legends.

Digelar sebagai Teamfight Tactis, mod permainan ini akan hadir di mod permainan PBE League of Legends menjelang ahir bulan Jun ini. Seperti Dota Auto Chess, permainan ini mempunyai papan catur tersendiri mereka dan mempunyai hanya sedikit kelainan daripada versi asal tersebut selain daripada perubahan nama, fungsi deraf, nama kaum dan champion yang dimainkan.

Valve dan Drodo Studios pada ketika ini masih lagi tidak mengeluarkan sebarang respon berkaitan dengan perkara ini. Valve juga dilihat harus pantas membangunkan versi mandiri mereka untuk memanfaatkan kesempatan sedia ada bagi mengekalkan kesemua pemain baharu yang berjaya ditarik oleh DAC sebelum mereka kembali semula ke permainan asal mereka.