Mobile Legends: Adventure

Moonton Bakal Melancarkan Permainan Kad RPG, Sekuel Kepada MLBB Iaitu Mobile Legends: Adventure

03/06/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Moonton Bakal Melancarkan Permainan Kad RPG, Sekuel Kepada MLBB Iaitu Mobile Legends: Adventure

Bacaan: < 1 minit

Mobile Legends Bang Bang sudah sedia popular di Malaysia dengan pada ketika ini mempunyai lebih kurang 5 juta orang pemain aktif. Pembangun kepada permainan moba mudah alih popular itu iaitu Moonton kini mendedahkan bahawa mereka bakal hadir dengan sebuah permainan mudah alih baharu iaitu Mobile Legends: Adventure.

Ia merupakan sekuel kepada MLBB namun akan hadir dengan bentuk permainan berbeza iaitu permainan bergenre kad strategi RPG. Ia merupakan sebuah permainan yang direka dengan fokus kepada permainan dalam tempoh singkat dan menghiburkan. Seperti namanya ia bakal hadir dengan karekter dari permainan MLBB seperti Miya, Tigreal, Layla dan banyak lagi.

Permainan ini juga akan mempunyai sistem ternak luar talian teranggur (offline idle farming sistem) yang membolehkan pemain memperoleh hadiah secara automatik walaupun tidak memainkannya. Permainan ini akan menguji pemain dengan skill taktikal, formasi karekter ketika menentang pihak lawan.

Mobile Legends: Adventure pada ketika ini sedang diji di beberapa buah rantau dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia menjelang penhujung bulan Julai 2019 ini. Bagi anda yang berminat ntuk memainkannya, anda boleh mengikuti perkembangan semasa permainan ini menerusi laman Facebook mereka di facebook.com/MobileLegendsAdventure/.