Esukan Tempatan

Bad Lab Terjun Ke Dunia Esukan – Umum Tajaan Pasukan Dan Bakal Anjur Acara Esukan

2 tahun lalu

Bad Lab Terjun Ke Dunia Esukan – Umum Tajaan Pasukan Dan Bakal Anjur Acara Esukan

Syarikat penjagaan diri lelaki, BAD LAB hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal melibatkan diri di dalam arena esukan tempatan.

BAD LAB merancang untuk melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti yang mampu memberikan kesedaran terhadap golongan umum akan dunia esukan dan juga menarik pengguna baharu terhadap jenama mereka terutamanya golongan belia di negara ini.

Bagi memulakan perjalanan mereka di dalam dunia esukan ini, BAD LAB pertama sekali mengumumkan penajaan bagi pasukan Counter Strike : Global Offensive tempatan iaitu pasukan TGC (The Gaming Co, sebelum ini dikenali sebagai Mysterious Gaming). Pasukan tersebut dibarisi oleh Ding “formlesS” Joon Wei, Lee “Max” Ka Lok, Iman “cara” Jeffery Krupa, Nazir “kukubesii-” Badrul dan Andrew “RISK” Chew.

Pasukan CSGO TGC.

Selepas it, pada bulan Julai ini, BAD LAB bakal menganjurkan musim pertama bagi kejohanan The 2019 BAD LAB Brawl, sebuah kejohanan PUBG Mobile dengan hadiah sebesar RM5,000. Ini merupakan musim pertama bagi dua musim yang dirancang oleh BAD LAB untuk dianjurkan. Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, pendaftaran boleh dilakukan di laman rasmi kejohanan tersebut di badlabesports.com.

Akhir sekali, pada suku ke-4 tahun 2019 ini, BAD LAB bakal menganjurkan 2019 BAD LAB Awards Night, sebuah acara penganugerahan bagi esukan yang akan dianjurkan bersama-sama dengan sebuah kejohanan esukan tempatan yang belum diumumkan. Malam penganugerahan ini akan melibatkan lima kategori berkaitan dengan esukan dan jenama BAD LAB itu sendiri.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments