Esukan

Kecelaruan Permainan Video Rasmi Diklasifikasikan Sebagai Penyakit Oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

1 tahun lalu

Kecelaruan Permainan Video Rasmi Diklasifikasikan Sebagai Penyakit Oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Pada perhimpunan kesihatan dunia ke-72 hari ini bertempat di Geneva, ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah bersetuju untuk mengklasifikasikan Kecelaruan Permainan Video (Gaming Disorder) sebagai penyakit secara rasminya.

Ia telah ditambah masuk ke dalam semakan ke-11 bagi Klasifikasi Antarabangsa bagi Penyakit (International Classification of Diseases – ICD-11) dan dicirikan sebagai “tingkahlaku permainan video yang berterusan atau berulang, yang menyebabkan kemerosotan yang signifikan di dalam fungsi aktiviti kekeluargaan, sosial, pendidikan, pekerjaan atau lain-lain fungsi penting”.

Sementara itu, beberapa badan industri permainan video telah bersama-sama hadir dengan kenyataan meminta keputusan ini disemak semula dengan alasan ia diputuskan tanpa bkti-bukti yang kukuh. Wakil yang terdiri daripada beberapa badan dari negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Korea Selatan, Africa Selatan, dan Brazil meminta ulasan yang lebih telus daripada pakar bebas harus dilakukan sebelum keputusan penitng seperti ini dilakukan.

Sumber : PC Gamer

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments