Epic Games Liga Overwatch Overwatch

Nate Nanzer Meninggalkan Liga Overwatch, Bakal Menyertai Epic Games

25/05/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Nate Nanzer Meninggalkan Liga Overwatch, Bakal Menyertai Epic Games

Bacaan: < 1 minit

Pesuruhjaya Liga Overwatch Nate Nanzer hari ini mengumumkan bahawa beliau bakal meninggalkan jawatan beliau dan Activision Blizzard bermula pada minggu hadapan.

Menurut laporan daripada ESPN, sumber mereka di Liga Overwatch berkata bahawa Nate akan menyertai Epic Games bagi mengawalselia aspek kompetitif esukan di syarikat tersebut. Posisi pesuruhjaya Liga Overwatch akan diambil alih oleh Pete Vlastelica, yang sebelum ini mengetuai kesemua produk esukan di Activision Blizzard.

Epic Games pula di dalam kenyataan mereka mengesahkan laporan ini dan berkata bahawa mereka teruja dengan kehadiran Nate ke dalam Epic Games. Epic Games juga mengesahkan bahawa Nate akan bekerja di dalam bahagian esukan dan kompetitif Fortnite. Nate Nanzer merupakan salah seorang daripada pengasas kepada Liga Overwatch.

Di bawah kendalian beliau, liga tersebut berjaya menjadi salah sebuah liga esukan paling ternama di dunia. Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh liga tersebut bersama beliau termasuklah dari segi penjualan slot francais bernilai lebih US20 juta, perjanjian tajaan daripada syarikat-syarikat ternama dan banyak lagi.

Sumber : ESPN