Esukan Tempatan

Domino’s Pizza Menawarkan Bekalan Pizza Percuma Selama 10 Tahun Kepada Atlet Esukan Negara Jika Peroleh Pinggat Emas Di Sukan SEA 2019

25/05/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Domino’s Pizza Menawarkan Bekalan Pizza Percuma Selama 10 Tahun Kepada Atlet Esukan Negara Jika Peroleh Pinggat Emas Di Sukan SEA 2019

Bacaan: < 1 minit

Domino’s Pizza Malaysia kekal terus aktif melibatkan diri di dalam arena esukan tempatan apabila kali ini hadir menawarkan hadiah khas sekiranya atlet esukan tempatan berjaya meraih kedudukan podium di Sukan Asia Tenggara 2019 (SEA Games 2019) di Filipina pada penghujung tahun ini.

Domino’s Pizza Malaysia akan membekalkan sekeping pizza bersaiz regular setiap minggu bagi tempoh 2 sehingga 10 tahun kepada atlet esukan yang berjaya memenangi pingat di temasya tersebut. Bagi pinggat gangsa, atlet akan menerima bekalan pizza percuma bagi tempoh dua tahun dan bagi pinggat perak, mereka akan menerimanya bagi tempoh lima tahun manakala bagi pinggat emas, mereka akan menerima pizza percuma ini bagi tempoh sepuluh tahun.

Ini merupakan inisiatif yang baik bagi menaikkan semangat kesemua atlet esukan malaysia dalam usaha mereka mencari pinggat emas dan membanggakan negara. Proses pemilihan atlet esukan bagi mewakili negara di Sukan Asia Tenggara di Filipina telah pun berakhir pada awal bulan Mei lalu.

Kesemua pemenang dan naib juara akan ke pusat latihan bagi berlatih sebelum senarai akhir wakil Malaysia dipilih menjelang bermula kejohanan kelak. Sukan Asia Tenggara Ke-20 akan bermula pada 30 November sehingga 10 Disember 2019.

Esports athletes, we want to let you know that we're here to support you! 💪🏻 How? By giving you and your teammates up to…

Posted by Domino's Pizza Malaysia on Khamis, 23 Mei 2019