Dota 2

Planetfall, Arcana Bagi Earthshaker Dilancarkan Bagi Pemilik Battle Pass Dengan Tahap 365

24/05/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Planetfall, Arcana Bagi Earthshaker Dilancarkan Bagi Pemilik Battle Pass Dengan Tahap 365

Bacaan: < 1 minit

Arcana yang dijanjikan untuk Earthshaker pada pelancaran Battle Pass tempoh hari kini tiba.

Panetfall, seperti namanya membawakan elemen alam semesta, membawakan model baharu agi Eartshaker. Selain itu, ia juga hadir dengan efek khas Echo Slam, Enchant Totem, Blink Dagger, efek pegun, pengira kombo abiliti, aset arca baharu dan lebih 500 baris suara khas.

Sekiranya pemilik arcana ini berjaya memperoleh 500 kills atau assist di dalam permainan, sebuah stail alternatif, Burning Descent juga boleh dinyahkunci untuk digunakan. Planetfall boleh dimiliki oleh kesemua pelanggan Battle Pass yang telah berjaya melepasi tahap 365. Battle Pass bagi The International 2019 boleh dibeli pada harga bermula RM42.00 di laman Steam mahupun di dalam klien permainan Dota 2.

via GIPHY

Layari : Planetfall