PUBG

MET Asia Series – Kejohanan PUBG Classic Ketiga Akan Dianjurkan Di Bangkok Julai Ini

1 tahun lalu

MET Asia Series – Kejohanan PUBG Classic Ketiga Akan Dianjurkan Di Bangkok Julai Ini

MET Events telah dipilih sebagai penganjur kepada siri kejohanan PUBG Classic ketiga yang akan diadakan pada bulan Julai 2019 kelak yang dinamakan sebagai MET Asia Series.

MET Asia Series akan dilangsungkan di bandaraya Bangkok di Thailand mempertanidngkan 16 pasukan terbaik dari liga profesional PUBG di Asia iaitu PCL, PKL, PJS, PML, dan SEA Championship. Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD300,000 untuk direbut.

Pemenang kejohanan ini juga akan memperoleh slot tambahan bagi rantau mereka untuk bertanding di kejohanan PUBG Global Championship 2019 yang dijangkakan akan berlangsung pada penghujung tahun ini. MET Asia Series akan berlangsung di Bangkok International Trade & Exhibition Centre (BITEC) bermula pada 26 Julai sehingga 28 Julai 2019.

Berikut adalah pembahagian slot bagi setiap liga yang terlibat:

  • China (PUBG Champions League – PCL): 5
  • Korea (PUBG Korea League – PKL): 4
  • Southeast Asia (SEA Championship) : 3
  • Japan (PUBG Japan Series – PJS): 2
  • Chinese Taipei/Hong Kong & Macau (PUBG Master League – PML): 2

Layari : MET Asia Series

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments