Dota 2

Dota 2 Diumumkan Sebagai Permainan Pertama Akan Dipertandingkan Di Esports World Championship 2019

2 tahun lalu

Dota 2 Diumumkan Sebagai Permainan Pertama Akan Dipertandingkan Di Esports World Championship 2019

Kejohanan Esports World Championship bakal dianjurkan bagi tahun ke-11 bertempat di Seoul, Korea Selatan.

Kejohanan tahunan yang dianjurkan bagi mempertandingkan pemain terbaik dari setiap 54 negara ahli itu kini telah pun mendedahkan judul pertama bagi permainan yang akan disertakan pada edisi tahun ini. Permainan tersebut adalah Dota 2, salah sebuah permainan esukan ternama di dunia yang dibangunkan oleh Valve.

Kejohanan Esports World Championship ini akan dilangsungkan pada penghujung tahun ini bermula pada 11 sehingga 15 Disember 2019. International Esports Federation (IESF) selaku penganjur turut mngumumkan bahawa mereka akan mengumumkan baki senarai permainan yang akan dipertandingkan usai selesai berunding dengan pembangun permainan.

Tahun lalu, Esports World Championship 2018 mempertandingkan tiga permainan iaitu League of Legends, CSGO dan Tekken 7. Kejohanan yang berlangsung di Kaohsiung Arena, Taiwan itu berakhir dengan pasukan dari Malaysia berjaya memperoleh tempat ke-5 bagi kategori permainan CSGO, ke-9 bagi Tekken 7 dan ke-17 bagi permainan League of Legends.

Dengan penambahan permainan Dota 2, tidak mustahil Malaysia akan mampu memperoleh kedudukan yang lebih baik memandangkan negara kita mempunyai pemain Dota 2 yang bertaraf antarabangsa dan berkemahiran tinggi.

Sumber : IESF

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments