League of Legends

Tencent Dan Riot Games Dilaporkan Sedang Membangunkan League of Legends Untuk Peranti Mudah Alih

2 tahun lalu

Tencent Dan Riot Games Dilaporkan Sedang Membangunkan League of Legends Untuk Peranti Mudah Alih

Pada tahun 2018, permainan mudah alih menjana sekitar ~RM 294 bilion, iaitu sekitar 51% daripada pasaran permainan global dengan 2.2 bilion pemain yang majoritinya bermain di telefon pintar masing-masing.

Oleh yang demikian, adalah wajar bagi Tencent dan Riot Games dilihat mahu membawakan League of Legends, salah satu permainan paling popular di pc ke peranti mudah alih. Menurut Reuters, Riot dan Tencent telah membangunkannya lebih dari setahun yang lalu.

Beberapa tahun yang lalu, Tencent ada meminta Riot Games mewjudkan versi mudah alih bagi permainan League of Legends namun proposal itu ditolak oleh Riot. Tencent kemudiannya hadir degan permainan Arena of Valor (Honor of Kings) iaitu permainan moba mudah alih dengan grafik dan permainan yang serupa dengan League of Legends.

Walaupun permainan tersebut agak berjaya di pasaran Asia, ia gagal menarik minat pemain di pasaran barat. Terkini, dengan pasaran permainan mudah alih yang semakin membesar, Riot dilihat tunduk dengan hasrat Tencent bagi membawakan League of Legends ke pasaran mudah alih. Walaupun sudah dibangunkan lebih dari setahun, versi mudah alih ini dijangkakan tidak akan dilancarkan pada tahun 2019 ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments