Vainglory

SEMC Tidak Lagi Akan Memfokuskan Kepada Arena Esukan Untuk Vainglory, Sedang Bangunkan Permainan Baharu

2 tahun lalu

SEMC Tidak Lagi Akan Memfokuskan Kepada Arena Esukan Untuk Vainglory, Sedang Bangunkan Permainan Baharu

Pembangun kepada permainan Moba mudah alih Vainglory, Superevil Megacorp telah mengeluarkan dua kenyataan berhubung dengan beberapa masalah yang melanda permainan tersebut kebelakangan ini.

SEMC berkata bahawa permainan itu kini berada di dalam sebuah pakej yang baik dan fokus mereka pada ketika ini adalah untuk memperbaiki sebarang kekurangan bagi setiap elemen sedia ada. Kemaskini baharu seperti hero, pengimbangan permainan dan kandungan lainnya masih lagi akan diadakan namun fokus utama adalah bagi menghapuskan sebarang pepijat dan menambah baik pengalaman bermain.

SEMC juga memaklumkan bahawa mereka mempnyai beberapa projek baharu yang akan mengembangkan lagi alam semesta Vainglory. Namun begitu mereka masih lagi belum bersedia untuk berkongsikan perincian mengenai permainan-permainan baharu ini. Perician mengenai projek-projek ini hanya akan didedahkan dalam beberapa bulan akan datang.

Berhubung dengan API permainan Vainglory yang kini tidak berfungsi, SEMC memaklumkan bahawa mereka kini tidak mempunyai sumber yang mencukupi bagi menyokongnya. Justeru itu, API tersebut kini akan diberhentikan pada ketika ini.

Akhir sekali berhubung dengan esukan, SEMC mengumumkan bahawa mereka akan mengalihkan fokus Vainglory daripadanya. Hal ini adalah kerana menurut mereka, usaha yang telah dicurahkan kepada aspek esukan telah menganggu proses pembangunan permainan tersebut dan hasil yang diperoleh adalah tidak setimpal dengan usaha mereka. Vainglory akan terus menyokong esukan namun akan membiarkan pihak ketiga menerajuinya. SEMC kini akan lebih berfungsi sebagai pihak sokongan terhadap penganjr pihak ketiga ini.

Sumber : SEMC 1, SEMC 2

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments