Dota Auto Chess

Valve Sah Akan Membangunkan Permainan Dota Auto Chess Tersendiri Mereka

2 tahun lalu

Valve Sah Akan Membangunkan Permainan Dota Auto Chess Tersendiri Mereka

Valve hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan versi mandiri bagi mod permainan Dota Auto Chess.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Valve, mereka telah mengesahkan khabar angin sebelum ini bahawa mereka berminat mengambil alih mod permainan popular tersebut. Pada bulan Februari lalu, Valve telah menerbangkan pembangun di Drodo Studios ke pejabat mereka di Bellevue bagi mengadakan perbincangan.

Namun begitu, atas sebab-sebab tertentu, kedua-dua pihak bersetuju mereka tidak dapat saling bekerjasama secara terus. Oleh yang demikian, Drodo Studios akan membangunkan versi mandiri tersendiri mereka, iaitu Auto Chess Mobile (tanpa karekter Dota) yang pada ketika ini berada di dalam ujian beta umum manakala Valve akan membangunkan permainan mandiri bagi versi asal dengan karekter Dota 2 dengan kebenaran dan kerjasama oleh Drodo.

Pada ketika ini, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai versi mandiri oleh Valve ini. Ia berkemungkinan akan bertukar nama kepada Dota Underlords yang baru sahaja difailkan tanda dagangnya oleh Valve pada awal bulan Mei ini. Mereka memaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan pada masa akan datang. Dengan penglibatan Valve ini, sudah pasti versi yang lebih stabil dalam dibangunkan untuk para pemain di pc. Integrasi yang lebih baik terhadap sistem jual beli kosmetik permainan juga akan dapat dilakukan dengan lebih baik.

Bagi anda yang kurang mengenali Dota Auto Chess, ia merupakan mod permainan di dalam Dota 2 yang menjadi popular pada tahun ini. Ia dilancarkan pada awal bulan Januari lalu dan terus menjadi popular di dalam masa yang singkat. Pada ketika ini, ia mempunyai sekitar 8,577,713 pemain telah melanggan mod permainan tersebut.

Layari :

Sumber : Valve (Dota Blog)

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments