League of Legends Riot Games

Riot Games Tegas Tidak Akan Tunduk Pada Protes Pekerja, Kekal Timbang Tara Persendirian

1 tahun lalu

Riot Games Tegas Tidak Akan Tunduk Pada Protes Pekerja, Kekal Timbang Tara Persendirian

Pembangun kepada permainan League of Legends, Riot Games menegaskan bahawa mereka tidak akan menamatkan usul mahkamah yang dilakukan mereka bagi mengubah dua tuntutan mahkamah yang difailkan keatas mereka kepada timbang tara persendirian syarikat.

Walaupun sekitar 200 para pekerja syarikat tersebut telah mengadakan protes terhadap keputusan itu awal bulan ini, Riot Games berkata bahawa mereka tidak akan mengubah polisi syarikat sehingga kes sedia ada selesai.

Riot Games menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata bahawa mereka memahami kehendak para pekerja namun kerana kerumitan pada kes sedia ada, perjanjian yang ditandatangani pekerja mereka tidak akan diubah. Keputusan tetaap mengenai poilihan untuk keluar dari perjanjian timbang tara persendirian ini akan diumumkan usai tamat kes semasa.

Riot Games turut mengumumkan mereka akan mewujudkan dua program khas bagi pekerja mereka untuk berdialog dan memberikan input pada polisi korporat syarikat, seperti kod tatasusila pada masa akan datang.

Sumber : ESPN

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments