Dota 2

Valve Memfailkan Tanda Dagang Bagi ‘Dota Underlords’, Permainan Baharu Berasaskan Dota?

16/05/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Valve Memfailkan Tanda Dagang Bagi ‘Dota Underlords’, Permainan Baharu Berasaskan Dota?

Bacaan: < 1 minit

Selepas Artifact, adakah Valve akan hadir dengan sebuah lagi permainan bertempat di dalam dunia Dota 2? Valve didedahkan telah memfailkan tanda dagang dengan nama ‘Dota Underlords‘ pada awal bulan Mei tempoh hari.

Walapun tiada sebarang info mengenai permainan ini didedahkan pada ketika ini oleh Valve, ia tidak menghalang para peminat berbincang sesama mereka dan cuba meneka apakah genre permainan yang sedang dibangunkan oleh Valve itu. Antara tekaan tersebut adalah permainan RPG Dota 2, permainan realiti maya Dota 2, pek tambah permainan Artifact dan juga permainan AutoChess tersendiri oleh Valve.

Valve sudah sedia maklum sebelum ini berminat untuk mengambil alih permainan Dota Auto Chess kerana ia begitu popular. Namun begitu, tiada sebarang perkembangan lanjut di dengari mengenai perkara tersebut dan pembangun asal mod permainan Auto Chess juga telah melancarkan versi mudah alih tersendiri mereka tanpa sebarang kerjasama atau penglibatan dari Valve.

Bagi permainan realiti maya pula, beberapa peminat merasakan ia akan menjadi permainan di bawaj genre ini kerana Valve bakal melancarkan set kaca mata realiti maya mereka, Valve Index tidak lama lagi. Mereka berpendapat bahawa Valve bakal melancarkan produk tersebut bersama-sama permainan ini.

Tanpa sebarang ketirisan dan kenyataan rasmi dari Valve, sukar untuk kita semua mengetahui apakah sebenarnya yang sedang dibangunkan di pejabat Valve pada ketika ini. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menunggu tibanya maklumat-maklumat lain di masa akan datang. Tidak mustahil juga Valve akan mengacah mengenai ‘Dota Underlords’ ini di kejohanan The International 2019 kelak, sama seperti apa yang mereka lakukan tentang Artifact dahulu.

Sumber : Reddit