Dota 2

Team Secret Peroleh Gelaran Juara Major Kedua Musim Ini – Tawan MDL Disneyland Paris

2 tahun lalu

Team Secret Peroleh Gelaran Juara Major Kedua Musim Ini – Tawan MDL Disneyland Paris

Pasukan berpengkalan di Eropah, Team Secret membuktikan mereka adalah antara pasukan Dota 2 terbaik pada musim ini menjulang piala kejohanan bertaraf major kedua mereka pada musim ini. Pasukan itu menewaskan Team Liquid di perlawanan akhir Kejohanan MDL Disneyland Paris dengan keputusan 3-1.

Perlawanan pertama dimenangi oleh Team Liquid yang diterajui oleh Morphling yang dimainkan oleh Miracle. Walaupun Team Secret berjaya membunuh Morphling di awal perlawanan, Miracle berjaya kembali bermain dengan baik mengekalkan kemajuan hero tersebut sehingga seterusnya menguasai sepenuhnya perlawanan. Morphling tersebut menamatkan perlawanan dengan bergaya iaitu dengan melakukan quadruple rampage dan rekod k/d/a 23/01/09.

Namun begitu, bagi perlawanan kedua, Zai bermain cemerlang dan aktif sebagai Sand King memulakan pertembungan, memegun lawan dan mencuri kills membolehkan kedua-dua Midone dan Nisha untuk terus fokus memajukan hero mereka iaitu Arc Warden dan Sven yang mana di fasa akhir perlawanan tidak lagi mampu dikawal oleh para pemain Team Liquid.

Team Secret membenarkan Liquid sekali lagi memilih Morphling untuk dimainkan Miracle dan bersama-sama dengan Razor berjaya memiliki sedikit penguasaan di awal permainan. Namn Secret cepat untuk bangkit terutamanya Midone yang bermain sebagai Templar Assassin. Walauupun hero tersebut berjaya dibunuh pada awal permainan, Midone berjaya mengejar kembali dan terus berani berhadapan dengan pemain Team Liquid, memperoleh beberapa kills dan membantu Team Secret memimpin dari segi jumlah emas pasukan.

Penggunaan abiliti Doom beberapa kali ke atas Morphling oleh Zai juga berjaya melumpuhkan hero tersebut dari menyertai pertembungan kedua-dua pasukan. Walaupun berjaya memenangi beberapa pertembungan tersebut, Team Liquid tidak mampu tidak mampu untuk menghalang Nisha dan Midone yang sudah terlalu kuat tambahan pula pemain sokongan bagi Team Secret amat cemerlang dalam mematikan usaha dan pergerakan pemain Liquid dengan abiliti-abiliti mereka.

Di perlawanan terakhir yang mengesahkan kejuaraan Team Secret, Zai sebagai Pangolier terus bergolek di sekitar peta menghuru-harakan perlawanan membolehkan Team Secret mempunyai kelebihan awal. Kelebihan ini membolehkan Team Secret bermain agresif menghancurkan perancangan Team Liquid. Pangolier acap kali memulakan pertarungan dengan abiliti Rolling Thunder beliau, memegun musuh memberi ruang bagi Nisha atau Midone untuk membunuh lawan dengan mudah. Di pertarungan terakhir mereka, walapun Team Secret bertarung tanpa Midone, baki pemain mereka sudah terlalu kuat untuk diatasi Team Liquid, menyebabkan mereka menyerah kalah dan menamatkan kejohanan ini.

Perlawanan akhir ini juga merupakan perlawanan akhir ketiga bagi kejohanan bertaraf major musim ini yang ditanding oleh Team Secret, sekali lagi membuktikan bahawa skuad ini adalah antara yang terkuat di dalam sejarah Dota 2. Bagi kemaskini 7.21, Team Secret pada ketika ini mempunyai rekod 54 kemenangan dan 10 kekalahan (perlawanan, bukan siri), kadar kemenangan 84.38%, antara yang paling dominan di dalam sejarah arena profesional Dota 2.

Sebagai juara, Team Secret membawa pulang hadiah sebesar USD350,000 (~RM 1,455,475) dan 4,950 mata DPC. Team Liquid pula berjaya membawa pulang 3,000 mata DPC mengesahkan tempat di kejohanan The International 2019 kelak dan wang tunai USD170,000 (~RM706,945). Kapten pasukan Secret, Puppey juga telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan. Selepas ini, hanya tinggal sepasang sahaja lagi kejohanan DPC bagi musim ini iaitu Starladder Ukraine Minor dan Epicenter Major. Hanya tinggal empat sahaja lagi slot jemputan ke The International 2019 yang tinggal untuk direbut sebelum berakhirnya musim kompetitif Dota 2 2018/2019.

Sumber :

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments