Liga Overwatch

Liga Overwatch Diperdaya Peminat Untuk Siar Gambar Pembunuh Bersiri

13/05/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Liga Overwatch Diperdaya Peminat Untuk Siar Gambar Pembunuh Bersiri

Bacaan: < 1 minit

Hari ini, bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Liga Overwatch telah meminta para peminat untuk menghantar gambar ibu mereka berserta dengan tagar #OWLMoms untuk dipaparkan di siaran rasmi liga tersebut.

Walaupun niat mereka itu murni, warga internet seperti biasa hadir dengan helah tersendiri mencuba menghantar perkara jelik. Seorang penonton telah berjaya memperdaya pasukan siaran dengan menghantar tweet yang kelihatan seperti ianya adalah gambar ibu-bapa mereka namun sebaliknya adalah Fred dan Rose West, pembunuh bersiri dari Britain. Tweet tersebut telah disiarkan di siaran rasmi Liga Overwatch dan dengan pantas menerima respon para penonton yang sudah maklum akan identiti sebenar gambar tersebut.

Frederick West dan isterinya Rosemary West telah melakukan sekurang-kurangnya 12 pembunuhan termasuk anak tiri Fred sendiri dari tahun 1967 dan 1987. Pasangan it kemudiannya ditangkap pada tahun 1994 dan Fred kemudiannya membunuh diri ketika di reman di penjara pada tahun 1995 manakala Rose dijatuhkan 10 hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Walaupun kesilapan ini dapat difahami kerana kes pembunuhan bersiri tersebut berlaku lama dahulu dan tidaklah popular terutamanya di Amerika Syarikat, tempat berlangsungnya Liga Overwatch, namun pasukan siaran sepatutnya menyelidik terlebih dahulu sebelum memaparkan sesuatu di saluran rasmi mereka terutamanya jika ia melibatkan kandungan dari masyarakat umum. Liga Overwatch pada ketika ini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan insiden ini.

Sumber :