Dota 2

[Kemaskini] Empat Lagi Pasukan Melayakkan Diri Ke Kejohanan The International 2019

1 tahun lalu

[Kemaskini] Empat Lagi Pasukan Melayakkan Diri Ke Kejohanan The International 2019

Kemaskini 13 Mei 2019 : Team Liquid mara ke final MDL Disneyland Major dan kini mempunyai mata yang mencukupi untuk menerima jemputan ke The International 2019. Mereka kini mengesahkan diri akan pulang dengan sekurang-kurangnya 3000 mata, jauh melepasi nilai ambang mata DPC yang diperlukan.


Artikel asal:

MDL Disneyland Paris Major masih berlangsung dengan kini tinggal enam pasukan sahaja lagi yang tinggal bagi merebut gelaran juara kejohanan.

Disebalik kemeriahkan kejohanan tersebut, tiga lagi pasukan telah melayakkan diri ke kejohanan The International 2019 selepas memperoleh mata DPC yang mencukupi. Tiga pasukan tersebut adalah Fnatic, PSG.LGD dan Ninjas in Pyjamas. Dengan beberapa pasukan yang telah melayakkan diri ke TI 2019 mara ke kedudukan tiga terbaik kejohanan MDL Disneyland Paris dan mencuri kebanyakkan mata DPC, nilai ambang kelayakan kini menurun ke 2326 mata sahaja.

Fnatic walaupun menamatkan kejohanan MDL ini di kedudukan terakhir, telah mempunyai mata yang mencukupi iaitu 3525 mata melepasi nilai ambang semasa. NiP dan PSG.LGD pula masih lagi berada di dalam kejohanan dan mampu memperoleh mata tambahan (dari ketika artikel ini ditulis) namun telah melepas nilai ambang dengan NiP mempunyai sekurang-kurangnya 2470 mata manakala PSG.LGD mempnyai sekurang-kurangnya 3690 mata.

Ketiga-tiga pasukan ini akan menyertai empat lagi pasukan yang telah melayakkan diri ke kejohanan The International 2019 iaitu Virtus Pro, Team Secret, Vici Gaming dan Evil Geniuses. Sekiranya mereka tidak melakukan sebarang pertukaran pemain menjelang bermulanya The International 2019 pada 15 Ogos kelak, mereka akan menerima jemputan terus ke kejohanan itu.

Pasukan OG dan Team Liquid juga berupaya untuk mencukupkan mata DPC mereka seandainya mereka menamatkan kejohanan MDL ini di kedudukan ketiga atau kedua terbaik kejohanan.

Sumber : Ben Steenhuisen, Liquipedia.net

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments