Dota 2

Battle Pass Bagi The International 2019 Kini Tiba – Harga Bermula RM42.00

08/05/2019 2 minit bacaan

Penulis:

Battle Pass Bagi The International 2019 Kini Tiba – Harga Bermula RM42.00

Bacaan: 2 minit

Kejohanan The International 2019 bakal bermula sekitar 3 bulan lebih sahaja lagi dan kini telah tiba masanya bagi jualan Battle Pass Compendium Dota 2 bermula.

Bagi tahun ini, The International 2019 akan berlangsung di Mercedes-Benz Arena di Shanghai, CHina bertemakan hutan belantara penuh magik dengan warna tema ungu. Seperti edisi-edisi sebelum ini, jualan Battle Pass ini akan menyumbang secara terus sebanyak 25% kepada jumlah hadiah keseluruhan kejohanan The International.

Battle Pass kali ini membwakan beberapa perkara baharu seperti acarra khas ‘Wrath of The Mo’rokai’, dan ‘Jungle Expedition’. Para pemain jga boleh menyahkunci menara khas beranimasi yang digelar sebagai ‘Guardian of The Lost path’. Sebuah fungsi baharu juga diperkenalkan membolehkan pemain menjadi jurulatih di dalam permainan. Pemain akan diletakkan sebagai jurulatih di dalam permainan yang mempunyai pemain dengan nilai MMR yang lebih rendah.

Pemain boleh membantu pemain ini memperoleh kemenangan dan melengkapkan cabaran-cabaran pada masa yang sama untuk memperoleh medal dan mata tahap Battle Point tambahan. Fungsi tambahan lainnya turut diperkenalkan bersama-sama dengan Battle Pass ini seperti Party Finder, Avoid Player, MVP Vote dan Ranked Roles membolehkan pemain menyesuaikan proses pemadanan pemain.

Bagi anda yang berminat, terdapat lebih banyak lagi perkara hadir di dalam Battle Pass ini dan ia boleh di lihat di dalam klien permainan mahupun di laman khas Battle Pass di pautan ini. Harga bagi pakej asas bermula pada RM42.00 memberikan pemain perkara asas dan tahap pertama. Bagi tahap 50 pula, ia dijual pada harga RM123.00 dan tahap 100 pada harga RM189.00. Pemain juga boleh membeli tahap tambahan dengan nilai RM42.00 untuk setiap 24 tahap tambahan.