Apex Legends

Apex Legends Bakal Dilancarkan Di China Dan Versi Mudah Alih Akan Dibangunkan

08/05/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Apex Legends Bakal Dilancarkan Di China Dan Versi Mudah Alih Akan Dibangunkan

Bacaan: < 1 minit

Electronic Arts dilaporkan telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Batlle Royale popular mereka, Apex Legends secara rasminya di China tidak lama lagi.

Perkara ini didedahkan di panggilan persidangan fiskal suku keempat 2019 syarikat tersebut yang berlangsung semalam. Mengikut laporan daripada Daniel Ahmad, penganalisis senior di Niko Partners, EA telah menyentuh beberapa perkara mengenai Apex Legends di persidangan terbabit seperti kejayaan permainan terbabit yang kini telah berjaya menarik lebih 50 juta pemain dalam masa yang singkat.

Tambah lagi, sekitar 30% pemain Apex Legends juga didedahkan adalah pemain baharu untuk judul dibawah EA membuktikan betapa berjayanya permainan tersebut. Oleh yang demikian, EA merancang untuk melancarkan permainan tersebut ke lebih banyak platform dan pasaran termasuklah di Korea dan China. Untuk platform pula, mereka turut mengesahkan bahawa versi mudah alih untuk Apex Legends akan dibangunkan.

EA menegaskan bahawa mereka akan memfokuskan kepada komniti bahar ini dengan servis jangka masa panjang, termasuklah musim baharu, legends baharu dan evolusi di dalam persekitaran dalam permainan. Butiran mengenai musim kedua Apex Legends ini akan didedahkan di persidangan EA Play pada bulan Jun kelak.