Esukan

Senarai Pemenang Pusingan Kelayakan Kebangsaan Untuk Esukan Di Sukan SEA 2019 Dan Peserta Kem Latihan

1 tahun lalu

Senarai Pemenang Pusingan Kelayakan Kebangsaan Untuk Esukan Di Sukan SEA 2019 Dan Peserta Kem Latihan

Kemaskini: Keputusan esukan di Sukan SEA 2019


Artikel asal:

Proses pemilihan atlet esukan bagi mewakili negara di Sukan Asia Tenggara 2019 (SEA Games 2019) di Filipina telah berakhir semalam dengan ke semua permainan yang dipertandingkan kini telah mempunyai pemenang masing-masing.

Jersi yang akan dipakai atlet esukan Malaysia di Sukan Asia Tenggara 2019 (SEA Games)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menguasai pemilihan peringkat kebangsaan ini selepas tiga dari lima permainan yang dipertandingkan dimenangi oleh pasukan dari wilayah tersebut dengan Wilayah Labuan dan Putrajaya menjadi pemenang permainan selebihnya. Ke semua pemenang dan naib juara akan ke pusat latihan selepas ini bagi berlatih sebelum senarai akhir wakil Malaysia dipilih menjelang bermula kejohanan kelak. Mereka kemudiannya akan terbang ke Filipina pada penghujung tahun ini untuk bertanding.

Sukan Asia Tenggara Ke-20 akan bermula pada 30 November sehingga 10 Disember 2019 kelak di tiga bandar utama di Filipina iaitu Metro Manila, Subic dan Clark Green City. Ini juga merupakan kali pertama esukan ditambah masuk sebagai acara rasmi berpingat di temasya ini. Berikut adalah pemenang pusingan kelayakan bagi setiap permainan:

  • Arena of Valor : M8HEXA (KL)
  • Starcraft : M8HEXA (KL)
  • Tekken 7 : Muhammad Zarif Aiman ‘Zaba’ Bin Aris (KL)
  • Dota 2 : Team Unicorn (Putrajaya)
  • Mobile Legends : Shopee Bosskurr (Labuan)

Berikut pula adalah senarai peserta kem latihan:

Dota 2

  • Lee ‘Jolly’ Chien Jie (Unicorn – Putrajaya)
  • Chua ‘KaNG’ Soon Khong (Unicorn – Putrajaya)
  • Tan ‘TrazaM’ Khai Soon (Unicorn – Putrajaya)
  • Yeong ‘Mercury’ Shi Jie (Unicorn – Putrajaya)
  • Cheong ‘czy’ Zhi Ying (Unicorn – Putrajaya)
  • Chong ‘FelixCiaoBa’ Wei Lun (Felix + 4 – Johor)
  • Ng ‘YamateH’ Wei Poong (Felix + 4 – Johor)
  • Khoo ‘Ohaiyo’ Chong Xin (Felix + 4 – Johor)
  • Goh ‘MozN’ Choo Jian (Felix + 4 – Johor)
  • Kok ‘ddz’ Yi Liong (Felix + 4 – Johor)

Arena of Valor

  • Ying ‘seven’ Zhen Hao (M8Hexa – Kuala Lumpur)
  • Tam ‘kc’ Kah Chu (M8Hexa – Kuala Lumpur)
  • Chin ‘TaintedOnes’ Wei Song (M8Hexa – Kuala Lumpur)
  • Yong ‘Cat’ Haw Nam (M8Hexa – Kuala Lumpur)
  • Tan ‘Kun’ Wei Kun (M8Hexa – Kuala Lumpur)
  • Tai Tong (Ikan Masin – Kelantan)
  • Kok Kar Seng (Ikan Masin – Kelantan)
  • Poh Jing Sheng (Ikan Masin – Kelantan)
  • Loo Yong Leong (Ikan Masin – Kelantan)
  • Cham Hong Xin (Ikan Masin – Kelantan)

Mobile Legends

  • Ahmad Fuad ‘Fredo’ Bin Razali (Shopee Bosskurr – Labuan)
  • Abdul Wandi ‘Logan’ Bin Abdul Kadir (Shopee Bosskurr – Labuan)
  • Mohd Faris ‘Soloz’ Bin Zakaria (Shopee Bosskurr – Labuan)
  • Sofian ‘Penjahat’ Bin Sultan (Shopee Bosskurr – Labuan)
  • Andi Alfian ‘Gripex’ Bin Firman (Shopee Bosskurr – Labuan)
  • Herwin Bin Baharuddin (Boss Pusher – Melaka)
  • Mohd Harith Bin Nordin (Boss Pusher – Melaka)
  • Jamil Bin Nurolla (Boss Pusher – Melaka)
  • Ahmad Ali Huzaifi Bin Abdullah (Boss Pusher – Melaka)
  • Izme Haqeem Hamsjid (Boss Pusher – Melaka)

Starcraft 2

  • Yap ‘Ranger’ Kien Khun (M8Hexa – Kuala Lumpur)
  • Jonathan Wong Choon Hoong (Selangor)
  • Samuel Fong Joon Sun (Melaka)
  • Yong Jun (Perak)

Tekken 7

  • Muhammad Zarif Aiman ‘Zaba’ Bin Aris (Kuala Lumpur)
  • Abdul Rahim Bin Abdul Shukor (Kelantan)
  • Ahmad Tarmizi Bin Mohamad Fozi (Perlis)
  • Dhillon Melintan (Perak)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta kem latihan. Diharapkan mereka mampu membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Asia Tenggara 2019 kelak. Selamat maju jaya!


Kemaskini : Senarai Akhir Wakil Malaysia Ke Sukan SEA 2019.

Akibat daripada masalah jadual kejohanan yang bertindih dengan acara lainnya, beberapa pasukan/individu mengambil keputusan untuk menarik diri dari mewakili Malaysia. Berikut adalah senarai akhir atlet yang akan hadir bertanding bagi acara esukan di Sukan Asia Tenggara 2019:

Pengurus:

  • Firdaus “MasterRamen” Hashim

Jurulatih:

  • Ahmad Syazwan “ADTR” Anuar
  • Katsuhiro “BeiChun” Kitamura

Dota 2:

  • Khoo “Ohaiyo” Chong Xin
  • Denise Danial Abdullah
  • Bakri Anwar
  • Ahmad Rizqan Muzakkir Ahmad Nizam
  • Mohd Helmy Ibrahim
  • Muhammad Naufal Osman

StarCraft II:

  • Kien “RANGER” Khun Yap
  • Jonathan “Neutrals Fong” Wong Choon Hoong

Mobile Legends:

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah
  • Abdul Wandi Abdul Kadir
  • Izme Haqeem Hamsjid
  • Muhammad Hazeem Onn
  • Jamil Nurolla
  • Mohd Faris “Soloz” Zakaria

Arena of Valor:

  • Cham “Zer0” Hong Xin
  • Poh “Luna” Jing Sheng
  • Kok “Raizel” Kar Seng
  • Loo “LYL77” Yong Leong
  • Tai “Shinkie” Tong
  • Chan Choung Guan

Tekken 7:

  • Muhammad Zarif “Zaba” Aiman
  • Abdul Rahim “FATE” Abdul Shukor

Hearthstone:

  • Hee “lalasong” Zi Song
  • Yew “wkyew90” Weng Kean
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments