Team Secret Umum Pasukan PUBG Mobile Berpengkalan Di Malaysia Dan Penajaan Dari Ookyo

Team Secret Umum Pasukan PUBG Mobile Berpengkalan Di Malaysia Dan Penajaan Dari Ookyo

Team Secret sudah sedia mempunyai peminat di Malaysia terutamanya apabila skuad Dota 2 organisasi tersebut dibarisi pemain tempatan iaitu Yeik “MidOne” Nai Zheng. Pada 29 April lalu, Team Secret secara rasminya kini akan meluaskan sayap mereka ke Asia Tenggara dengan menandatangani pasukan PUBG Mobile berpengkalan di Malaysia.

Team Secret telah menandatangani para pemain bagi pasukan Genexus yang baru-baru ini memperoleh tempat pertama di pusingan kelayakan Malaysia bagi kejohanan PUBG Mobile Club Open – Spring Split. Berikut adalah barisan pemain bagi pasukan PUBG Mobile Team Secret:

Bersama-sama dengan penambilalihan ini juga, Team Secret mengumumkan kerjasama dengan Ookyo, perkhidmatan prabayar oleh Maxis. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan membawakan lebih banyak kandungan untuk para peminat tempatan terutamanya melibatkan skuad PUBG Mobile dan arena esukan permainan mudah alih di Malaysia.

Sumber : Team Secret

Leave a Comment