League of Legends

Pekerja Garena Taiwan Dipecat Selepas Kantoi Bertaruh Perlawanan MSI

02/05/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pekerja Garena Taiwan Dipecat Selepas Kantoi Bertaruh Perlawanan MSI

Bacaan: < 1 minit

Kejohanan League of Legends Mid-Season Invitational 2019 sedang berlangsung pada ketika ini mempertandingkan pasukan-pasukan terbaik dari pertengahan pertama musim liga-liga kompetitif LoL tahun ini.

Garena Taiwan selaku pengendali kepada liga League of Legends Master Series (LMS) turut sama terlibat dan menyiarkan kejohanan MSI ini di saluran Twitch mereka. Namun begitu, hari ini siaran rasmi mereka di dapati bermula dengan lebih awal dan ketika ia bersiaran, pengendali siaran di dapati melayari dan melakukan pertaruhan bagi perlawanan-perlawanan MSI.

Selaku penganjur yang terlibat secara langsung dengan kejohanan tersebut, perkara ini sudah pasti tidak beretika dan melanggar peraturan kerana para pekerja yang terlibat kebiasaanya dilarang untuk menyertai aktiviti pertaruhan ini. Ini adalah kerana mereka yang terlibat ini dilihat mampu memperoleh maklumat tambahan yang memberikan mereka kelebihan berbanding masyarakat umum.

Tangkapan skrin memperlihatkan laman web pertaruhan yang diakses pekerja Garena Taiwan. – Sumber

Para peminat terutamanya di Taiwan mulai memprotes dan mengutuk perbuatan tersebut di foruum tempatan di negara tersebut. Pihak Garena Taiwan akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan bahawa pengarah penyiaran tersebut kini telah dipecat dari jawatan beliau. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Garena Taiwan berkata bahawa perbuatan pekerja terbabit adalah contoh negatif kepada komuniti. Garena turut mengesahkan selepas siasatan bahawa pertaruhan tersebut adalah pertaruhan persendirian pekerja terbabit dan ia adalah bertentangan dengan moral prisipal selaku pekerja esukan. Garena juga menegaskan bahawa mereka menentang sebarang pertaruhan haram.

Sumber : League of Legends Subreddit