Steam

Jumlah Akaun Pengguna Di Steam Kini Telah Melebihi Angka 1 Bilion

02/05/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Jumlah Akaun Pengguna Di Steam Kini Telah Melebihi Angka 1 Bilion

Bacaan: < 1 minit

Steam, platform permainan paling popular di PC yang dimiliki oleh Valve kini secara rasminya telah mempunyai lebih daripada 1 bilion akaun pengguna.

Walaupun angka ini menakjubkan, sudah tentu ia tidak mengambarkan angka sebenar pengguna di platform tersebut dengan mengambil kira akaun smurf, bot dan pelbagai lagi. Namun begitu, Steam walaupun sudah wujud semenjak dari 15 tahun yang lalu, masih bekembang pesat terutamanya bagi rantau Asia.

Melalui ulasan tahunan mereka bagi tahun 2018, Steam mempunyai 47 juta pengguna aktif harian dan sekitar 90 juta pengguna aktif bulanan. Dengan pelancaran Steam China secara rasmi kelak, jumlah ini dijangka akan meningkat lagi dengan lebih besar.

Steam pada ketika ini juga menjadi bualan hangat apabila mereka ‘diserang’ oleh Epic Games Store. Ramai pengguna saling berbahas mengenai tindakan Epic Games yang kebelakangan ini membeli hak ekslusif permainan termasuklah permainan yang dirancang untuk dilancarkan di Steam mahupun yang telah pun dilancarkan seperti Rocket League.

Cubaan Epic Games ini untuk mencuri pegangan Steam di dalam pasaran permainan PC sudah pasti akan kekal menjadi perhatian oleh para pemain di seluruh dunia.

Sumber : PCGamesN