Epic Games Rocket League

Epic Games Ambil Alih Psyonix, Pembangun Di Sebalik Permainan Rocket League

1 tahun lalu

Epic Games Ambil Alih Psyonix, Pembangun Di Sebalik Permainan Rocket League

Kemaskini 5:17 AM 2 Mei 2019 :

Menurut Pegawai Pemasaran Senior Epic Games, Dana Cowley, mereka masih tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk menamatkan penjualan Rocket League dari platform Steam pada ketika ini.


Berita Asal :

Studio permainan Psyonix hari ini mengumumkan bahawa mereka telah diambil alih oleh Epic Games dengan nilai yang tidak didedahkan.

Proses pengambilalihan ini dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang akhir bulan ini sehingga awal bulan hadapan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Psyonix, tiada kesan jangka pendek akan berlaku terhadap permainan Rocket League hasil pengambilalihan ini.

Dengan pengambilalihan ini juga, permainan Rocket League akan dibawa masuk ke kedai permainan Epic Games Store menjelang akhir tahun ini. Menurut Epic Games, permainan itu akan terus kekal boleh dibeli di platform Steam sehingga ia tiba ke Epic Games Store. Selepas itu, pemilik sedia ada di Steam akan kekal boleh bermain permainan tersebut namun ia tidak lagi akan dijual kepada pemain baharu.

Namun begitu, versi Steam akan kekal menerima kemaskini dan sokongan dari Psyonix walaupun ia tidak ditawarkan kepada pemain baharu. Psyonix berkata bahawa mereka teruja dengan pengambilalihan ini dan akan kekal komited memberikan kemaskini terhadap permainan Rocket League terutamanya dari segi esukan permainan tersebut yang akan menerima dana tambahan selepas ini.

Sumber : Gamastura, Psyonix

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments