Dota 2

Valve Mulai Menerima Cadangan Bida Bagi Penganjuran Kejohanan Dota 2 Major Dan Minor Musim 2019/2020

01/05/2019 1 minit bacaan

Penulis:

Valve Mulai Menerima Cadangan Bida Bagi Penganjuran Kejohanan Dota 2 Major Dan Minor Musim 2019/2020

Bacaan: 1 minit

Musim kompetitif Dota 2 bagi tahun 2018/2019 semakin menghampiri pengakhirannya dengan berbaki dua kejohanan bertaraf major sahaja. Para peminat sendiri pada ketika ini sedang menantikan pelancaran Battle Pass bagi kejohanan The International, kejohanan penamat saban tahun.

Oleh yang demikian, Valve kini telah mengumumkan bahawa mereka telah mempelawa cadangan bida bagi penganjuran kejohanan major dan minor Dota 2 Pro Circuit untuk musim hadapan. Seperti mana musim ini, jumlah kejohanan yang akan dianjurkan pada musim hadapan kekal 10 buah kejohanan iaitu 5 pasang kejohanan major dan minor. Berikut adalah tarikh bagi penganjuran bagi musim 2019/2020:

Major

  • 16-24 November 2019
  • 18-26 Januari 2020
  • 14-22 Mac 2020
  • 2-10 Mei 2020
  • 20-28 Jun 2020

Minor

  • 5-9 November 2019
  • 7-11 Januari 2020
  • 3-7 Mac 2020
  • 22-26 April 2020
  • 9-13 Jun 2020
Proses Penganjuran Kejohanan DPC

Namun begitu, bagi musim hadapan, Valve dilihat bakal lebih melibatkan diri dengan lebih mendalam lagi. Menurut pengumuman ini, format kejohanan dan puusingan kelayakan bagi setiap kejohanan DPC akan ditentukan oleh Valve sendiri. Perincian berkaitan ini dijangka akan diumumkan bermula pada musim luruh 2019 kelak.

Walaupun penganjuran kejohanan DPC pada musim ini berlangsung dengan baik, ia masih lagi tidak sempurna. Menurut khabar angin, pihak penganjur menyatakan musim DPC pada tahun sebelum ini tidak begitu memberikan banyak insentif kepada mereka. Para peminat dan pasukan pula merungut akan jadual kelayakan dan kejohanan yang agak padat menimbulkan masalah kepada mereka.

Diharapkan dengan perancangan awal ini, masalah-masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin memberikan musim Dota 2 terbaik kepada sema pihak.

Sumber : Dota 2