League of Legends Riot Games

Pekerja Mahu Lancar Mogok Selepas Riot Games Dilaporkan Cuba Menghalang Pekerja Dari Mengambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Syarikat

01/05/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pekerja Mahu Lancar Mogok Selepas Riot Games Dilaporkan Cuba Menghalang Pekerja Dari Mengambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Syarikat

Bacaan: < 1 minit

Pada bulan Ogos 2018 yang lalu, syarikat pembangun disebalik permainan popular League of Legends iaitu Riot Games telah dilanda kontroversi selepas syarikat tersebut dilaporkan mengamalkan budaya misogini dan seksisme.

Mereka kemudiannya disaman dan Riot Games sendiri menghukum pegawai yang terlibat dan telah menerbitkan perancangan mereka untuk membanteras isu tersebut. Kini, selang beberapa bulan kemudian, saga tersebut bersambung semula selepas Riot Games didedahkan telah memfailkan usul di mahkamah untuk menghalang para pekerja mereka dari mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.

Menurut laporan dari Kotaku, usul tersebut difailkan bagi memaksa dua daripada lima bekas pekerja syarikat tersebut yang telah menyaman Riot Games untuk ke timbang tara persendirian sekaligus menghalang mereka dari mengambil tindakan undang-undang ke syarikat tersebut. Menurut usul yang difailkan, Riot Games berhujah bahawa para pekerja tersebut telah dilepaskan dari hak mereka untuk menyaman syarikat sebaik sahaja mereka diambil bekerja.

Lanjutan daripada itu, sejumlah pekerja di Riot Games dilaporkan bakal emngedakan mogok bagi membantah tindakan Riot Games tersebut. Para pekerja tersebut menyatakan bahawa pihak atasan telah berjanji untuk memperbaiki masalah budaya misogoni dan seksime di dalam syarikat dan berjanji untuk kekal telus dalam usaha tersebut dan tindakan mereka ini adalah bertentangan dengan janji-janji tersebut.

Ketua Pegawai Kepelbagai Riot Games, Angela Roseboro telah tampil memberikan respon lanjutan daripada berita mogok ini dan berkata bahawa walaupun keputusan Riot Games ini dilihat “tidak bergerak ke hadapan”, timbang tara persendirian mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

CEO Riot Games, Nicolo Laurent pula di dalam kenyataan media berkata bahawa mereka akan duduk berbincang dengan para pekerja bagi memperoleh pendapat dan pandangan mereka berkaitan dengan timbang tara persendirian ini. Namun begitu, menurut Waypoint, para pekerja di Riot Games masih skeptikal dengan pendirian Riot Games dan kecewa dengan tindakan pihak atasan di dalam syarikat tersebut.

Sumber : Kotaku, Waypoint