CSGO

Danger Zone Terima Item Dan Peta Baharu – Eksploit Pada Lobi CSGO Kini Telah Diperbaiki

01/05/2019 2 minit bacaan

Penulis:

Danger Zone Terima Item Dan Peta Baharu – Eksploit Pada Lobi CSGO Kini Telah Diperbaiki

Bacaan: 2 minit

Semalam komuniti CSGO kecoh selepas ramai pemain mendapati lobi permainan mereka mampu diceroboh pihak ketiga yang kemudiannya mengaktifkan perisian penipuan mengakibatkan mereka ditendang keluar dari permainan.

Peta Baharu Danger Zone – Sirocco

Pembangun CSGO lewat malam semalam kemudiannya telah menyahaktifkan lobi bagi memperbaiki masalah tersebut. Pagi ini, mereka memaklumkan eksploit tersebut telah pun diperbaiki. Dalam pada masa yang sama, sebuah kemaskini baharu turut hadir membawakan beberapa perkara baharu ke dalam mod permainan Battle Royale CSGO iaitu Danger Zone.

Kemaskini ini membawakan peta baharu yang dinamakan sebagai Sirocco, item ‘Perk’ yang mampu memberikan kelebihan di awal permainan seperti kasut rangka ekso yang mampu menambah jarak dan ketinggian lompatan, periuk api yang mampu melontarkan diri dan lawan, sistem ping dan pelbagai lagi. Para pemain juga kini boleh dihidupkan semula oleh rakan.

Sumber : CSGO