Dota 2

Tarikh Penganjuran Kejohanan Dota 2 The International 2019 Diumumkan

26/04/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Tarikh Penganjuran Kejohanan Dota 2 The International 2019 Diumumkan

Bacaan: < 1 minit

Tidak lama selepas sebuah kiriman diterbitkan di laman reddit merungut akan ketiadaan pengumuman tarikh penganjuran kejohanan Dota 2 The International 2019, menyebabkan para peminat tidak mampu merancang pelan mereka menghadiri kejohanan terkemuka tersebut, Valve kini telah hadir mengumumkannya secara rasmi.

Bakal berlangsung di Mercedes-Benz Arena di Shanghai, China, acara utama kejohanan The International 2019 akan diadakan pada tarikh 20 Ogos sehingga 25 Ogos 2019, menyamai tarikh edisi sebelum ini di Vancouver. Walaubagaimanapun, tiket untuk kejohanan tersebut masih lagi belum tersedia untuk dijual pada ketika ini.

Menurut Valve, mereka masih memerlukan beberapa minggu lagi bagi menyiapkan perincian yang diperlukan sebelum ia mulai dijual kepada peminat. Selepas tujuh tahun diadakan di bumi Amerika Utara, untuk pertama kalinya kejohanan ini akan diadakan di luar benua tersebut dan di sebuah negara Asia.

Beberapa pasukan telah pun melayakkan diri secara teknikal ke edisi kali ini iaitu pasukan Virtus Pro, Team Secret, Vici Gaming dan Evis Geniuses. Sekiranya mereka mengekalkan barisan pemain mereka, mereka akan menerima jemputan terus ke kejohanan kali ini untuk sekali lagi merebut peluang menjulang Aegis of Champions.