Overwatch

Piala Dunia Overwatch 2019 Diumumkan Secara Rasmi – Akan Dilangsungkan Di BlizzCon November Ini

26/04/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Piala Dunia Overwatch 2019 Diumumkan Secara Rasmi – Akan Dilangsungkan Di BlizzCon November Ini

Bacaan: < 1 minit

Konvensyen BlizzCon sekali lagi bakal menjadi tuan rumah bagi penganjuran Piala Dunia Overwatch umum Blizzard. Blizzard semalam telah mengumumkan perincian mengenai edisi ke-4 Piala Dunia Overwatch yang bakal menerima sedikit perubahan bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

Pada tahun ini, keseluruhan acara piala dunia ini akan diadakan di Anaheim bersempena dengan konvensyen tahunan Blizzard iaitu BlizzCon. Bagi menambah peluang negara-negara untuk melayakkan diri ke acara ini, Blizzard telah merubah format pertandingan memberikan ranking kepada negara mengikt keputusan dari edisi terdahulu.

Para peminat juga boleh lebih melibatkan diri dengan menyertai jawatankuasa bagi pembentukan pasukan kebangsaan masing-masing. Segala maklumat mengenai edisi tahun ini boleh dilayari di laman rasmi Piala Dunia Overwatch di pautan ini. Pusingan awal Piala Dunia Overwatch akan diadakan secara tertutup di Aneheim namun akan disiarkan secara langsung. Pusingan kumpulan dan pusingan akhir kemudiannya akan diadakan di hadpaan para peminat di BlizzCon pada 01 dan 02 November 2019.