Perlawanan All-Star Bagi Musim Ke-3 MPL Akan Mempertandingkan Pasukan Myanmar, Malaysia Dan Singapura
Bagi setiap musim, sebuah perlawanan All-Star akan diadakan bagi Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG dengan para peminat mengundi pemain pilihan mereka untuk menyertainya.
Pada musim ke-3 ini, perlawanan ini akan turut diadakan namun berbeza dengan musim sebelum ini yang mempertandingkan pasukan Malaysia menentang Singapura, acara kali ini akan melibatkan pasukan dari liga MPL Myanmar. Pada 4 Mei ini, pasukan All-Star MPL Myanmar akan bertanding menentang pasukan All-Star Malaysia dan Singapura.
Seperti biasa, para peminat akan menentukan barisan pemain dengan melakukan undian di laman rasmi MPL. Undian dibuka bermula pada 25 April ini sehinggalah 1 Mei depan. Acara kali ini akan diadakan di dalam format tanding padan gilir Bo1 dan berikut adalah hadiah yang akan direbut:
- 50,000 Diamonds
- 25,000 Diamonds
- 15,000 Diamonds
Jangan lupa undi pemain kegemaran anda di pautan ini.