Dota 2 Mobile Legends Pro Evolution Soccer

Kemuncak XPAX Kejohanan Esukan Kampus (KEK) Bakal Berlangung Di Sunway Pyramid Hujung Minggu Ini

2 tahun lalu

Kemuncak XPAX Kejohanan Esukan Kampus (KEK) Bakal Berlangung Di Sunway Pyramid Hujung Minggu Ini

Selepas menjelajah negara mencari pemain esukan terbaik di pusat pengajian tinggi tempatan, XPAX Kejohanan Esukan Kampus (KEK) bakal tiba ke acara kemuncak pada hujung minggu ini.

Kemuncak yang akan berlangsung selama dua hari ini iaitu pada Jumaat (26 April 2019) dan Sabtu (27 April 2019) di Sunway Pyramid Ice Rink, Sunway City, Kuala Lumpur,  bakal menyaksikan lebih dari 30 pasukan mewakili IPT masing-masing bersaing bagi merebut gelaran juara bagi setiap kategori permainan sekaligus gelaran juara keseluruhan.

Acara esukan kampus terbesar di Malaysia ini menawarkan hadiah tunai terkumpul berjumlah RM 180,000 melibatkan institusi pengajian tinggi tempatan di setiap zon bermula dari zon utara (Universiti Teknologi Petronas, Perak), zon selatan (UiTM Alor Gajah, Melaka), zon borneo (Universiti Malaysia Sabah, Sabah), zon sentral (UiTM Puncak Alam, Selangor) dan diakhiri zon timur (Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu).

Ia mempertandingkan 3 permainan popular masa kini iaitu Mobile Legends Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019 (PES 2019) dan DOTA 2. Selain menyaksikan pertandingan ketiga-tiga permainan, para pengunjung juga berpeluang untuk melihat persembahan artis popular tempatan dan membawa pulang pelbagai hadiah menarik cabutan bertuah yang disediakan seperti kerusi gaming Todak, gaming keyboard Sades, gaming headset Sades, Acer laptop juga kredit e-wallet Boost bernilai RM 1,000.

Selain itu, institusi pengajian tinggi dengan pasukan menang paling banyak juga berpeluang menerima biasiswa bernilai RM 50,000, dibawakan oleh jenama terkemuka Celcom, XPAX, sebagai salah satu inisiatif mereka dalam memperkasa e-sukan. Selain XPAX, Predator, Todak, Boost, Sades, Cadbury 5 Star dan Mountain Dew turut bersama menjadi rakan penaja XPAX KEK.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments