PUBG Mobile

Junior Talent Bakal Terbang Ke China Mewakili Malaysia Merebut Hadiah USD2,500,000 Di Kejohanan PUBG Mobile Club Open 2019

23/04/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Junior Talent Bakal Terbang Ke China Mewakili Malaysia Merebut Hadiah USD2,500,000 Di Kejohanan PUBG Mobile Club Open 2019

Bacaan: < 1 minit

Walaupun baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun ini, skuad PUBG Mobile, Junior Talent telah berjaya memperlihatkan prestasi membanggakan di beberapa kejohanan tempatan dan kini telah sah akan mewakili Malaysia di pusingan semi final bagi kejohanan The PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile Club Open (PMCO) 2019 yang akan berlangsung pada bulan Mei ini di Shanghai, China.

Bermula dengan bermain secara kasual di dalam talian, skuad itu kini telah berjaya memperoleh beberapa kedudukan yang agak baik di beberapa kejohanan tempatan seperti kedua di kejohanan EPIC Perak dan ketiga di kejohanan eCurve Gaming Championships dan Iskandar Investment Esports Carnival. Di pusingan PMCO Malaysia Finals tempoh hari, skuad itu telah berjaya menandingi 15 pasukan lainnya yang turut sama hadir bagi merebut tiket ke Shanghai tersebut.

Mereka akan terbang ke China pada Mei ini bagi merebut hadiah sebesar USD2,500,000 yang disediakan oleh PMCO 2019. Mereka akan bertemu dengan skuad semi-profesional dan profesional dari negara lain di acara tersebut. Selamat maju jaya diucapkan dalam usaha mereka mewakili negara ini dan semoga mereka berjaya memperoleh kemenangan di acara tersebut. Berikut adalah senarai pemain bagi skuad Junior Talent ini:

  • Mohamad Nazeri Shahrin Bin Affan – “Trixnity”
  • Norfarah Shahira Binti Mohd Nizam – “Missfarr”
  • Muhammad Fikri Adli Bin MD Nizam – “Ngah”
  • Izzat Bin Abdul Aziz – “Erynn”
  • Mohamad Harith Iskandar Bin Badrul Hisham – “Bard”

Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai perjalanan mereka di PMCO kelak dan skuad Junior Talent itu sendiri, anda boleh mengikuti laman Facebook rasmi mereka iaitu TGC.Esports.PUBG Mobile.