Mobile Legends

MPL MY/SG S3 : Piala Liga Kekal Milik Malaysia – Geek Fam Juara Selepas Benam Evos Esports

22/04/2019 2 minit bacaan

Penulis:

MPL MY/SG S3 : Piala Liga Kekal Milik Malaysia – Geek Fam Juara Selepas Benam Evos Esports

Bacaan: 2 minit

Gelaran juara liga bagi Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG musim ke-3 kekal menjadi milik Malaysia selepas pasukan Geek Fam menewaskan Evos SG dari Singapura di perlawanan akhir pusingan main habis liga semalam.

Geek Fam merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang tinggal di hari kedua kejohanan selepas kesemua pasukan lain dari Malaysia tersingkir di hari pertama. Bermula dengan perlawanan di bahagian kumpulan menang berhadapan dengan Bigetron Esports, Geek Fam menempah tiket ke perlawanan akhir dengan menamatkan perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.

Di bahagian kumpulan kalah, Evos Esports menewaskan rakan senegara dari Singapura iaitu Resurgence untuk mara bertemu dengan Bigetron Esports bagi menentukan tiket terakhir ke perlawanan akhir. Evos Esports terus mengekalkan rentak mereka untuk sekali lagi mara ke perlawanan akhir liga dengan menyingkirkan Bigetron dengan keputusan 2-1.

Namun begitu, selepas tewas kepada Saiyan Reborn di perlawanan akhir musim ke-2 yang lalu, hasrat Evos untuk menjadi juara musim ketiga turut sama menemui kegagalan. Pasukan Geek Fam yang membawa harapan terakhir Malaysia terbukti lebih kuat pada musim ini. Perlawanan akhir antara kedua pasukan itu berakhir dengan keputusan 3-1 memihak kepada Geek Fam.

Sebagai juara, pasukan Geek Fam membawa pulang hadiah berjumlah USD25,000. Evos Esports pula pulang sebagai naib juara dengan hadiah berjumlah USD12,000. Bagi pemilihan pemain terbaik pusingan main habis pula, ia di anugherahkan kepada Nik Aqieff “Dominus” Bin Nik Muhd Muhyyiddin yang membawa pulang hadiah berupa USD1,000.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Geek Fam sebagai juara keseluruhan liga bagi musim ketiga ini dan tidak lupa juga tahniah kepada Moonton, EGG Network dan Astro selaku penganjur liga yang telah diadakan dengan jayanya.

Geek Fam Mobile Legends :

  • “Dominus” Nik Aqieff Bin Nik Muhd Muhyyiddin
  • “Artz” Muhammad Nazmi Khalid
  • “2ez4jepv” Mohd Haqqani Bin Jaffar
  • “Xorn” Mohd Zul Hisham Bin Mohd Noor
  • “Feekz” Amirul Shafiq Mohd Amir
  • “Rippo” Muhd Arif

Foto oleh MPL, Moonton, Astro & EGG Network

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *