Mobile Legends

MPL MY/SG S3 Playoff – Nara Tumbang, Geek Fam Jadi Harapan Terakhir Malaysia

21/04/2019 2 minit bacaan

Penulis:

MPL MY/SG S3 Playoff – Nara Tumbang, Geek Fam Jadi Harapan Terakhir Malaysia

Bacaan: 2 minit

Seperti mana musim sebelum ini, pusingan main habis bagi musim ketiga Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG terus mempamerkan kejutan kepada para peminat. Diadakan di Sunway Pyramid, acara ini dihadiri ribuan peminat yang datang menyokong pasukan kegemaran mereka.

Di bahagian kumpulan menang, pendahulu di musim tetap Nara Esports SG memperoleh siri kekalah pertama pada musim ini selepas kecundang di tangan rakan senegara iaitu Bigetron SG. Situasi yang sama terjadi bagi pasukan Malaysia apabila Geek Fam menewaskan juara musim lalu iaitu pasukan Reborn. Kedua-dua pasukan yang tewas jatuh ke bahagian kumpulan kalah.

Di bahagian kumpulan kalah, pasukan kegemaran peminat, Shopee Bosskurr pula terpaksa pulang awal apabila tewas kepada Evos Esports SG. Evos kemudiannya meneruskan kemaraan mereka dan menyingkirkan pasukan Nara Esports yang datang dari kumpulan menang. Walaupun pada musim tetap yang lalu Nara bermain dengan amat baik, mereka gagal membawa momentum itu di pusingan main habis ini.

Pengunjung dan peminat membanjiri Sunway Pyramid menonton pusingan main habis MPL MY/SG Musim Ke-3 – Foto : EGG Network

Sebuah lagi pasukan dari Singapura, Resurgence pula garang menyingkirkan dua pasukan Malaysia di kumpulan kalah iaitu pasukan Xpax X-Assins bagi siri pertama dan pasukan Reborn bagi siri kedua mereka. Dengan itu, tiga dari empat slot pasukan terbaik di pusingan main habis ini menjadi milik pasukan dari Singapura.

Hari ini (Ahad, 21 April 2019), Geek Fam akan bertemu dengan Bigetron untuk slot pertama ke perlawanan akhir manakala pasukan Resurgence akan bertemu dengan Evos Esports di bahagian kumpulan kalah. Melihat kepada dominasi pasukan Singapura ini, peluang untuk mereka membwa kembali piala liga ke Singapura kelihatan amat cerah. Namun begitu Geek Fam masih lagi mampu menjadi hero Malaysia teruutamanya apabila mereka masih lagi berada di bahagian kumpulan menang.

Berikut adalah pembahagian hadiah bagi pusingan main habis ini:

  • Juara – USD25,000
  • Kedua – USD12,000
  • Ketiga – USD5,000
  • Keempat – USD3,000
  • Ke-5/6 – USD1,500/Pasukan
  • Ke-7/8 – USD1,000/Pasukan
  • Pemain Terbaik (MVP) – USD1,000

Keputusan penuh hari pertama: