Mobile Legends

Mobile Legends Bakal Menjelajah Seluruh Negara Bagi Kempen “515 Unite Day” Menawarkan Pelbagai Aktiviti Dan Hadiah Menarik

1 tahun lalu

Mobile Legends Bakal Menjelajah Seluruh Negara Bagi Kempen “515 Unite Day” Menawarkan Pelbagai Aktiviti Dan Hadiah Menarik

Malaysia bakal terlibat di dalam kempen global “515 Unite Day” oleh Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bermula pada 21 April ini bagi tempoh sebulan. Dengan misi menyatukan golongan pemain dan bukan pemain di dalam permainan popular itu, kempen ini akan menjelajah seluruh negara menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah lumayan.

Kempen ini akan terbahagi kepada tiga fasa utama iaitu fasa pertama meliputi pengenalan dimana pihak penganjur akan mencuri perhatian masyarakat umum dengan beberapa kaedah. Bagi fasa kedua pula, perarakan trak dihiasi lampu LED akan diadakan diseluruh negara mempamerkan cosplayer watak permainan Mobile Legends. Seterusnya, fasa ketiga akan diadakan di dalam permainan Mobile Legends itu sendiri menerusi acara khas bermula ada 15 Mei kelak.

Mod permainan baharu tersebut akan melibatkan kesemua karekter Mobile Legends yang bersatu semula untuk menyelamatkan dunia dari kegelapan yang melanda. Kempen “515 Unite” akan bermula di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang pada 21 April sebelum diteruskan ke Alor Setar pada 27 April, di Menara Alor Setar-Aman Central. Ia kemudian akan pergi ke Ipoh, Perak pada 1 Mei di AEON Station 18 sebelum mengorak langkah ke Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei.

Domino’s Pizza di Bandar Baru Uda, Johor Bahru akan menjadi lokasi kedua akhir pada 11 Mei dan 18 Mei. Kempen ini akan diakhiri di Fahrenheit 88 di ibu negara, Kuala Lumpur. Video acah bagi kempen ini akan mulai disiarkan di pawagam dan media lainnya bersama-sama dengan lagu tema “515 Unite”. Pelbagai pertandingan dan hadiah juga akan diadakan sepanjang kempen ini berlangsung seperti patung karekter kecil, item dalam permainan dan cenderahati lainnya, kad Touch ‘N Go 515 Unite edisi terhad, serta piza percuma oleh Domino’s Pizza Malaysia.

Domino’s Pizza Malaysia akan turut terlibat mengadakan ‘Tawaran Pizza 515’ dengan pelbagai peraduan dan ganjaran yang menarik sepanjang tempoh kempen 515 Unite di kesemua 238 rangkaian mereka di seluruh Malaysia. Untuk tidak ketinggalan dengan perkembangan terbaru mengenai kempen ini dan pelbagai pertandingan lainnya, anda boleh mengikuti laman Facebook rasmi Mobile Legends Bang Bang Malaysia di pautan ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments