Auto Chess Mobile Dota 2

Anda Kini Boleh Mencuba Bermain Auto Chess Mobile Dengan Memasang Fail APK Bagi Platform Android

1 tahun lalu

Anda Kini Boleh Mencuba Bermain Auto Chess Mobile Dengan Memasang Fail APK Bagi Platform Android

Kemaskini 19 April 2019 : Kemaskini Bahasa Inggeris kini sedia untuk dimuat-turun.

Anda fasih berbahasa Cina? Jika ya anda bernasib baik kerana fail pemasangan aplikasi APK bagi permainan Auto Chess Mobile kini sudah boleh dimuat-turun dan dimainkan. Memandangkan ia masih lagi di dalam peringkat ujian alfa, hanya versi bahasa Cina sahaja tersedia pada ketika ini.

Permainan versi mudah alih ini dilihat mengekalkan sistem permainan Auto Chess di dalam klien Dota 2 dan apa yang membezakannya hanyalah dari segi visual sahaja. Ini adalah kerana Valve memiliki hak cipta bagi setiap karekter di versi asal di dalam klien Dota 2. Bagi memainkan versi mudah alih ini, pemain haruslah mempunyai akaun Dragonest dan pilihan untuk memaut akaun Steam turut disediakan selepas itu.

Pada ketika ini, tidak dipastikan bilakah ujian alfa ini akan diperluaskan dan bilakah versi bahasa Inggeris akan dilancarkan. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, fail apk Auto Chess Mobile ini boleh dimuat-turun di pautan ini.

Jika anda tidak fasih berbahasa Cina, anda masih boleh mencuba bermain versi mudah alih ini sekiranya anda sudah sedia bermain pada klien Dota 2 kerana perbezaannya hanyalah dari segi visual sahaja. Jika anda membiasakan diri dengan visual baharu ini, halangan bahasa tidaklah terlalu besar untuk anda mencubanya. Berikut adalah beberapa tangkapan skrin memperlihatkan visual permainan Auto Chess Mobile ini.

Sumber Foto : chriskevini

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments