Esukan

Liga Esukan Sarawak Bakal Dianjurkan Menjelang Akhir Tahun Ini Ujar Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan

17/04/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Liga Esukan Sarawak Bakal Dianjurkan Menjelang Akhir Tahun Ini Ujar Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan

Bacaan: < 1 minit

Beberapa hari lalu, Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan telah menghadiri pusingan akhir peringkat negeri Sarawak bagi pemilihan atlet esukan bagi Sukan Asia Tenggara Filipina 2019.

Di acara yang berlangsung di pusat membeli belah CityONE Megamall tersebut, sebanyak 289 pemain dari Kuching dan 154 pemain dari Miri telah meyertai pertandingan yang diadakan bagi mencari peluang mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan dan seterusnya menjadi wakil Malaysia ke temasya Sukan Asia Tenggara yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini.

Berucap di acara itu, Datuk Snowdan Lawan berkata bahawa Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak menyokong penuh kesemua pemain dan Persatuan Esukan Sarawak (SESA) yang terlibat di acara ini kerana mereka bakal menjadi wakil negeri. Beliau berharap agar kesemua yang terlibat berusaha sebaik mungkin untuk menjadi kebanggaan negeri.

Namun begitu Datuk Snowdan turut mengingatkan para pemain sekalian agar tidak lupa pada aktiviti luaran dan fizikal kerana ia penting untuk kesihatan tubuh badan. Menyentuh lagi berkaitan dengan pembangunan belia di negeri Sarawak, beliau berkata bahawa kawasan Petra Jaya yang mempunyai pelbagai fasiliti sukan berpotensi menjadi hab sukan bersepadu negeri dan fasiliti esukan juga tidak mustahil akan dibina kelak.

Ini adalah kerana beliau sedar akan potensi pemain esukan tempatan di Sarawak yang tidak mempunyai platform untuk mempamerkan bakat mereka. Dengan adanaya sebuah hab esukan khas, pemain-pemain di Sarawak ini akan memperoleh peluang untuk bertanding dan juga membangunkan bakat-bakat baharu.

Sementara itu.beliau turut mengesahkan bahawa Liga Esukan Sarawak bakal dijalankan menjelang akhir tahun ini dan kerajaan negeri akan menjana hadiah utama liga tersebut iaitu sekitar RM10,000 keseluruhannya. Kami di META.MY amat teruja dengan penglibatan kerajaan negeri Sarawak dan Persatuan Esukan Sarawak (SESA) dalam memperkasakan arena esukan tempatan di sana dan akan terus mengikuti perkembangan seterusnya dari mereka.

Sumber & Foto : New Sarawak Tribune