Mobile Legends

Pemain Nara Esports, Eric X Diangkat Sebagai Pemain Terbaik Musim Tetap MPL MY/SG S3

16/04/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pemain Nara Esports, Eric X Diangkat Sebagai Pemain Terbaik Musim Tetap MPL MY/SG S3

Bacaan: < 1 minit

Menjelang bermulanya pusingan main habis bagi Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG Musim Ke-3 tidak lama lagi, keputusan bagi pemilihan pemain terbaik musim tetap telah pun diumumkan.

Eric X, pemain bagi pasukan Nara Esports telah diangkat sebagai pemain terbaik tersebut. Untuk makluman, proses pemilihan pemain terbaik ini adalah menerusi undian media, para peminat dan pemain di liga sendiri dengan pembahagian peratus seperti berikut:

  • Media: 25%
  • Peminat: 25%
  • Pemain MPL: 50%

Eric dan pasukan beliau bermain cemerlang sepanjang 6 minggu musim tetap berlangsung. Pasukan Nara Esports memenangi kesemua 9 siri perlawanan mereka dan menamatkan musim tetap tersebut di tahkta liga dengan 25 mata keseluruhannya.

Bagi rekod individu pula, Eric menamatkan musim tetap dengan 7.1 nilai KDA, 678.0 GPM dan 3024.1 DPM. Pemilihan beliau selak pemain terbaik ini sudah pasti akan memberikan beliau semangat tambahan menjelang pusingan main habis yang akan berlangsung pada 20 dan 21 April ini di Sunway Pyramid.

Foto : Mobile Legends BB (Moonton)