Asian Games

Esukan Tidak Akan Dipertandingkan Di Sukan Asia 2022 Hangzhou

1 tahun lalu

Esukan Tidak Akan Dipertandingkan Di Sukan Asia 2022 Hangzhou

Pada tahun 2017 lalu, Majlis Olimpik Asia (OCA) secara rasminya telah mengiktiraf esukan sebagai cabang rasmi sukan dan mengumumkan bahawa ia akan dipertandingkan di temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Tidak lama kemudian, esukan diumumkan akan disertakan di dalam penganjuran Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang sebagai sukan demonstrasi untuk persediaan sebagai acara rasmi menjelang tahun 2022. Sebanyak 6 permainan dipertandingkan iaitu Arena of Valor, League of Legends, Pro Evolution Soccer (PES), Clash Royale, Hearthstone dan Starcraft.

Penganjuran itu berlangsung dengan meriah dan perlawanan akhir bagi permainan League of Legends diantara pasukan China dan Korea menerima jumlah tontonan melebihi angka 1 juta di laman Twitch. Namun begitu, pada bulan Ogos 2018 lalu, OCA tampil dengan kenyataan bahawa penambahan esukan sebagai acara rasmi berpingat di Sukan Asia 2022 kini tidak lagi pasti.

Pada ketika itu, menurut ketua pengarah OCA, Husain Al-Musallam, pada ketika ini e-sukan dianjurkan oleh pelbagai entiti berbeza dan tidak mempunyai badan khusus yang menetapkan dan mengawal standard permainan. Mereka turut mengumumkan bahawa mereka akan memfokuskan kepada perbincangan antara kedua dua pihak dan kesefahaman antara watak utama yang terbabit di dalam industri e-sukan dan olimpik dan penambahan e-sukan sebagai acara Olimpik bukanlah fokus uutama mereka.

Dalam perkembangan terbaru, jawatankuasa Sukan Asia 2022 telah pun mengumumkan jadual dan senarai acara temasya tersebut dan esukan tidak termasuk di dalamnya. Pada temasya yang akan berlangsung pada 10 sehingga 22 September 2022 itu, sebanyak 37 acara sukan telah diumumkan akan dipertandingkan dan tiada sebarang kelibat berkaitan dengan esukan dilihat bersama dengannya.

Sumber : Inven Global

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments