Mobile Legends

MPL MYSG Minggu 6 – Icon Dan MYA Gagal Mara Ke Playoff

1 tahun lalu

MPL MYSG Minggu 6 – Icon Dan MYA Gagal Mara Ke Playoff

Musim tetap bagi Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG M3 telah pun berakhir dan 8 pasukan yang akan mara ke pusingan main habis kini telah diketahui.

Pasukan yang berjaya mara adalah Nara SG, Reborn, Bigetron SG, Geek Fam, Evos SG, Resurgence, Xpax X-assins dan Bosskurr Gaming. Sementara itu, dua pasukan yang gagal dan tersingkir dari liga adalah Icon dan Mysterious Assassin.

Nara SG mengakhiri muusim tetap ini di tangga pertama liga dan mengumpul mata tertinggi sebanyak 25 mata jauh meninggalkan pencabar lain. Mereka turut mengekalkan rekod terbaik dengan memenangi ke semua siri perlawanan mereka. Di posisi kedua papan pendahulu liga pula adalah juara bertahan musim kedua iaitu pasukan Reborn dengan 17 mata.

Di kedudukan ketiga sehingga kelima, ketiga-tiga pasukan iaitu Bigetron SG, Geek Fam dan Evos SG mengumpul jumlah mata yang sama iaitu 15 mata. Pasukan kegemaran Malaysia, Bosskurr pula berjaya meraih momentum saat akhir untuk mengelak penyingkiran. Selepas sekian lama di tangga terbawah liga, mereka berjaya mencuri dua kemenangan penting pada minggu ini untuk memintas pasukan Icon.

Ini menyebabkan pasukan Icon tersingkir dari liga bersama-sama dengan pasukan Mysterious Assassin yang menamatkan musim tetap tanpa memenangi walau satu siri perlawanan mereka. Pusingan main habis liga akan berlangsung pada 20 sehingga 21 April ini bertempat di Sunway Pyramid. 8 pasukan yang yang telah mara akan bertembung bagi menentukan juara keseluuruhan liga untuk musim ketiga ini.

Berikut adalah keputusan penuh minggu keenam dan papan pendahulu liga :

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments