Mobile Legends

MPL MYSG Minggu 5 – Nara SG Kebal Di Puncak Liga

02/04/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

MPL MYSG Minggu 5 – Nara SG Kebal Di Puncak Liga

Bacaan: < 1 minit

Musim tetap Liga MPL MYSG kini di fasa akhir dan dua pasukan yang bakal tersingkir akan diketahui tidak lama lagi. Bagi minggu kelima liga, pasukan dari Malaysia mulai mencuri tempat di tangga teratas liga menghampiri pendahulu liga.

Namun begitu, Nara SG masih lagi kekal menjadi raja liga dengan mengekalkan rekod tanpa kalah mereka sehingga kini. Nara menewaskan Evos SG pada minggu ini dan menolak mereka ke kedudukan kelima papan pendahulu liga.

Pasukan Geek Fam dan Reborn terus memberikan harapan kepada rakyat Malaysia untuk memberikan saingan kepada pasukan Singapura. Kedua-dua mereka memenangi perlawanan minggu ini untuk menduduki bahagian atas papan pendahulu.

Berikut adalah keputusan penuh minggu ini dan papan pendahulu semasa liga: