Artifact

Selepas Dua Bulan Berdiam Diri, Valve Akhirnya Bersuara Berkaitan Dengan Artifact

30/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Selepas Dua Bulan Berdiam Diri, Valve Akhirnya Bersuara Berkaitan Dengan Artifact

Bacaan: < 1 minit

Selepas lebih dua bulan berdiam diri tanpa sebarang kemaskini mahupun khabar berita, Valve akhirnya hadir dengan sebuah kiriman berkaitan dengan permainan kad yang dibangunkan mereka, Artifact.

Seperti semua yang sudah maklum, permainan Artifact menemui kegagalan selepas ia dilancarkan dan menerima kritikan ramai. Pada ketika ini, permainan itu sudah kehilangan kebanyakan pemainnya dan hanya mempunyai purata lebih 300 orang pemain sahaja setiap hari.

Selepas kemaskini terakhir pada akhir Januari lalu, komuniti dan pemain mulai menantikan apakah perancangan Valve untuk memperbaiki permainan ini. Namun Valve terus berdiam diri sehinggalah hari ini. Dalam kiriman terbaru itu, tidak banyak maklumat mahupun perancangan didedahkan oleh Valve.


Still in it for the long haul.

– Valve

Mereka sekadar mengulang kembali apa yang telah diperkatakan sebelum ini mengenai dedikasi mereka akan permainan tersebut. Valve turut memaklumkan bahawa mereka tidak akan memfokuskan kepada kemaskini pada ketika ini kerana mahu menyelesaikan masalah sedia ada dari segi rekaan permainan, ekonomi dan lain-lainnya.

Menurut Valve, kemaskini akan datang tidak akan hadir dalam masa terdekat ini dan mungkin akan mengambil tempoh masa yang agak lama. Nampaknya, seperti mana jangkaan ramai, Valve akan melancarkan semula permainan Artifact usai mereka selesai memperbaiki kesemua masalah yang dihadapi permainan itu.

Sumber : Artifact