Acara Esukan Akan Ditambah Masuk Ke Temasya SUKMA XX 2020 Di Johor

Acara Esukan Akan Ditambah Masuk Ke Temasya SUKMA XX 2020 Di Johor

Pada awal tahun 2018 yang lalu, Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu iaitu Khairy Jamaluddin telah pun menyatakan hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menambah masuk acara esukan di penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA).

SUKMA XIX Perak yang dianjurkan pada tahun lalu juga telah menambah masuk acara esukan sebagai aktiviti tambahan di temasya tersebut dibawah program Esport Experience. Terkini, pada sesi Taklimat Penganjuran Sukan Malaysia ke-20 (SUKMA XX) yang diadakan pada 20 Mac lalu, senarai sukan yang akan dipertandingkan di temasya SUKMA XX 2020 di Johor telah pun diumumkan.

Dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, KBS elah mengumumkan esukan sebagai salah satu sukan yang akan dipertandingkan. Pada ketika ini, tidak banyak perincian diumumkan berkaitan dengan penambahan esukan sebagai acara rasmi ini. Kejohanan SUKMA itu akan berlangung pada 11 hingga 19 Julai 2020 dan akan dianjurkan di tiga daerah di Johor iaitu Muar, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Baca Juga :   Putrajaya Impi Jadi Hab Esukan Menjelang Pertengahan Tahun 2019

Selain daripada temasya SUKMA ini, esukan juga bakal dipertandingkan secara rasmi di Sukan Asia Tenggara 2019. Proses pemilihan atlet untuk mewakili negara juga sedang giat dijalankan. Syed Saddiq turut mengumumkan sebelum ini bahawa beliau mensasarkan bahawa Malaysia mampu membawa pulang tiga pingat emas bagi acara esukan di temasya tersebut.

Penambahan acara esukan ke dalam temasya sukan tradisional ini memperlihatkan jurang diantara kedua-dua dunia tersebut kini semakin rapat. Kerjaya di dalam industri esukan bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini dan semakin diterima masyarakat.

Leave a Comment