Mobile Legends

MPL MYSG Minggu 4 – Bosskurr Peroleh Kemenangan Pertama

25/03/2019 2 minit bacaan

Penulis:

MPL MYSG Minggu 4 – Bosskurr Peroleh Kemenangan Pertama

Bacaan: 2 minit

*Artikel ini adalah berdasarkan kiraan mata oleh pihak penulis. Pada ketika ini, terdapat sedikit percanggahan dengan kiraan rasmi oleh liga. Kami telah menghantar pertanyaan kepada liga dan sedang menantikan respon dari mereka. Artikel akan dikemaskini sekiranya respon dari mereka telah diterima. Sekian.

*Kemaskini 26 Mac : Kami telah menerima respon daripada pihak penganjur. Mereka memaklumkan kiraan kami adalah benar. Namun begitu laman web rasmi MPL mempunyai limitasi memaksa papan pendahulu rasmi dipaparkan sedemikian rupa. MPL memaklumkan kiraan seperti kami akan digunakan untuk menentukan pasukan yang mara ke pusingan main habis kelak.


Pasukan Bosskurr akhirnya berjaya memperoleh kemenangan pertama mereka musim ini selepas menewaskan pasukan Geek Fam dengan keputusan 2-1.

Walaupun kemenangan itu tidak merubah kedudukan mereka di papan pendahulu liga, ini boleh menjadi titik mula kebangkitan mereka untuk terus memenangi baki perlawanan mereka bagi dua minggu mendatang.

Sementara itu, pasukan Evos SG pula mulai goyah apabila tewas kedua-dua perlawanan mereka pada minggu ini. Mereka tewas kepada pasukan XPAX X-Assins dan Bigetron SG namun berjaya mencuri satu mata dari mereka untuk kekal di bahagian atas papan pendahulu liga.

Sebuah lagi pasukan dari Singapura, Nara SG berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka. Minggu ini, mereka menewaskan pasukan Bigetron dengan keputusan bersih 2-0 untuk mengumpul tiga mata penuh. Mereka kini berada di puncak liga selepas mengumpul 14 mata dengan lima perlawanan sahaja.

Di lubuk paling bawah liga, pasukan Mysterious Assassin masih lagi tidak berjaya memperoleh sebarang kemenangan. Dengan berbaki dua minggu pada musim tetap ini, sekiranya mereka tidak memenangi baki perlawanan mereka, kemungkinan untuk mereka tersingkir adalah besar.

Berikut adalah keputusan penuh minggu ini dan papan pendahulu semasa liga*: