Dota 2

Evil Geniuses Kini Layak Menerima Jemputan Ke Kejohanan The International 2019

2 tahun lalu

Evil Geniuses Kini Layak Menerima Jemputan Ke Kejohanan The International 2019

Selepas Team Secret dan Virtus Pro, pasukan Evil Geniuses menjadi yang ketiga memperoleh cukup mata DPC untuk menerima jemputan ke kejohanan The International.

Selepas menewaskan pasukan Ninjas in Pyjamas semalam di kejohanan DreamLeague Stockholm Major, Evil Geniuses mara ke pusingan 8 terbaik kejohanan sekaligus mengesahkan mereka akan menerima sekurang-kurangnya 450 mata DPC dan kini mempunyai mata keseluruhan melebihi 4591 yang diperlukan untuk sot jemputan tersebut.

Sekiranya pasukan ini tidak melakukan sebarang pertukaran pemain, mereka akan dijemput terus ke kejohanan The International 2019 yang akan berlangsung di Shanghai, China pada bulan Ogos kelak. Sementara itu, pasukan PSG.LGD dan Fnatic juga mempunyai harapan cerah untuk mengikut jejak langkah pasukan Evil Geniuses.

Kedua-dua pasukan masih lagi berada di bahagian kumpulan menang di kejohanan DreamLeague Major dan berpeluang untuk mencuri banyak mata DPC. Memandangkan ini merupakan kejohanan Major ketiga musim ini, mereka masih mempunyai banyak masa dan dan berpeluang cerah untuk mengumpul mata bagi mencukupkan mereka menerima jemputan.

Bagi anda yang berminat untuk melihat papan pendahulu semasa DPC, anda boleh melayari layari pautan ini.

Sumber Gambar : Evil Geniuses

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments