Dota 2

Epicenter Diumumkan Sebagai Kejohanan Dota 2 Major Terakhir Musim Ini

2 tahun lalu

Epicenter Diumumkan Sebagai Kejohanan Dota 2 Major Terakhir Musim Ini

Senarai kejohanan Dota 2 bagi musim kompetitif DPC 2018/2019 kini lengkap dengan pengumuman oleh Epic Esports Events selaku pengajur terakhir kejohanan bertaraf Major musim ini.

Epicenter Major, kejohanan Major kelima musim ini bakal berlangsung di Moscow, Rusia pada 22 sehingga 30 Jun 2019. Ia bakal menawarkan hadiah berjumlah USD 1 Juta dan 15,000 mata DPC. Senarai tarikh bagi pusingan kelayakan akan diumumkan apda 2 April kelak selepas tamatnya kejohanan Disneyland Paris Major.

Epicenter yang terkenal dengan produksi menakjuubkan turut mengumumkan bahawa penganjuran kali ini bakal menawarkan pengalaman menonton yang baru bagi pengunjung dengan rekaan pentas 360 darjah, pertama kali diadakan dalam sejarah penganjuran Epicenter.

Kejohanan akan diadakan di CSKA Arena yang sebelum ini dikenali VTB Ice Palace. Epicenter Moscow Major bakal menjadi penutup musim kompetitif DPC sebelum bermulanya kejohanan The International 2019 di Shanghai, China.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments