FIFA FIFA 19

Egg Network Dan Fox Sports Asia Langsung Kelayakan TAG Heuer Virtual Bundesliga (FIFA 19) Penghujung Mac Ini

19/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Egg Network Dan Fox Sports Asia Langsung Kelayakan TAG Heuer Virtual Bundesliga (FIFA 19) Penghujung Mac Ini

Bacaan: < 1 minit

Saluran esukan Egg Network dan Fox Sports Asia bakal bekerjasama menganjurkan pusingan kelayakan untuk Asia Tenggara bagi liga maya bolasepak, TAG Heuer Virtual Bundesliga di bawah siri VBL International Series penghujung Mac ini.

Pasukan dari 11 negara di Asia Tenggara bakal bertanding bagi merebut slot mewakili rantau ini di kejohanan VBL International Finals di Jerman kelak. Bagi Malaysia, pusingan kelayakan dalam talian akan bermula pada 23 sehingga 24 Mac ini sebelum berlangsungnya pusingan akhir bertempat di Battle Arena Malaysia pada 30 Mac.

Pusingan kelayakan ini menawarkan hadiah sebesar RM10,000 dan cenderahati. Pemenang juga akan ditaja sepenuhnya untuk terbang bertanding di Jerman termasuklah pakej bersiar-siar dan menonton perlawanan Bundesliga di sana. Bagi anda yang berminat, pendaftaran dibuka sekarang sehinggalah 22 Mac ini di pautan ini.